Siakap Keli
China Daily

(Video)China Didakwa Tingkat Ketegangan, Kali Ini Lancar Roket Dari Laut Sebagai Isyarat Kekuatan Kepada AS

China dilaporkan berjaya melancarkan roket ke angkasa lepas daripada platform mudah alih di Laut Kuning, kali pertama, yang membawa 5 buah satelit komersial dan 2 buah satelt ujian teknologi angkasa.

Kejayaan ini menjadikan China sebagai negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia yang berjaya mengusai teknologi melancarkan roket daripada platform yang terletak di kawasan laut.

Antara kelebihan roket berketinggian 21 meter itu yang dilancarkan daripada platform di kawasan laut adalah menjimatkan kos selain merendahkan risiko kerosakan di kawasan daratan sekiranya roket ditimpa kemalangan.

Para pemerhati berpendapat kejayaan tersebut sebagai isyarat kepada Amerika Syarikat tentang keupayaan teknologi maritim dan aeroangkasa China ditengah-tengah ketegangan kedua-dua pihak berhubung perang perdagangan dan kontroversi tenknologi 5G.

Menurut Nikkei Asian Review, walaupun pelancaran itu dinyatakan sebagai ujian namun ia sebenarnya berjaya meletakkan satelit-satelit milik China di orbit seperti yang dikehendaki.

Negara-negara jiran kepada kuasa besar dunia itu turut melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan teknologi berkenaan akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Program teknologi angkasa negara tembok besar berkenaan menunjukkan peningkatan mendadak terutamanya selepas kejayaan menghantar angkasawan ke angkasa pada 2003.

Keupayaan China itu menjadikan negara berkenaan juga merupakan negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia yang berjaya berbuat demikian menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri.


Sumber: The Guardian, Nikkei Asian Review

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.