Siakap Keli

”Jaga Anak, Jangan Buat Onar”, Gadis Kesal Kucing Kesayangan Mati Dipercayai Jadi ‘Mangsa’ Anak Tetamu Datang Beraya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjelang hari raya, pelbagai kisah dan ragam manusia tular di laman sosial. Ada yang lucu, menginsafkan, tak kurang juga menyedihkan dan menyebabkan amarah.

Seorang pengguna Twitter, Nurush Shahindah berkongsi rasa sedih kerana kucingnya telah menjadi lumpuh akibat hentakan yang kuat, samada akibat terjatuh ataupun dipukul.

Kami tak tuduh sesiapa pun

“King (nama kucing) ada masalah gangguan saraf dan otot, akibat dari hentakan kuat dibahagian kepala atau tengkuk.. Hentakan tu mungkin terjatuh atau kena pukul. Kami tak tuduh siapa siapa pun.

“Mungkin King jatuh kita tak tahu tapi cuma kejadian berlaku selepas orang ramai datang bertandang di rumah kami. Yang boleh gerak mata, mulut dan ekor jer.. yang lain kaku macam orang lumpuh,” katanya kepada penulis.

Semalam, King akhirnya pergi.

Walaupun punca masalah King tidak diketahui, ramai yang berkongsi pengalaman buruk mereka apabila kucing kesayangan disakiti anak-anak tetamu yang datang ke rumah.

Perkongsian yang dibuatnya turut mendapat respong daripada pengguna Twitter yang lain.

Simpan dalam sangkar

“Sebagai tuan rumah pun kena main peranan. Kalau boleh masa ada tetamu, kucing tu letak dalam sangkar. Bukan apa, sakit mata sakit hati semua sakit bila tengok kucing sendiri kena tarik, kena picit dengan budak-budak,” pesan Zila.

Walaubagaimanapun, pengguna lain berkata,

“Letak dalam sangkar dah.. Tapi itu lah, ada tangan buka sangkar tu.. Tarik kucing dalam sangkar.. Itu yang berlaku dengan kucing saya.. Al-Fatihah kepada kucing saya yang dilemaskan dalam sebaldi air oleh seorang budak.” 

“Kucing aku letak dalam sangkar juga masa ada tetamu. Ada tangan ‘sentuh’ sangkar tu sampai terbalik. Sangkar 2 tier (dua tingkat). Kau rasa?”

“Semalam kucing aku ditunggang bagaikan kuda. Apa fungsi mak ayah dia entah. Dah la hampir pecahkan pasu hiasan mak aku.”

Tanggungjawab ibu bapa jaga anak

Kanak-kanak tetap akan berperangai seperti kanak-kanak. Bermain, menjelajah dan mencuba perkara baru. Namun ibubapa lah yang patut menjaga dan mendidik mereka supaya menjaga adab di rumah tetamu. Jika semua salah anak-anak dibiarkan, bila anak akan belajar bertanggungjawab?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan sampai bila anak mula keras kepala dan menderhaka, baru kita sedih ditengking anak sendiri.

Berikut merupakan pautan asal Nurush Shahindah.

Sumber: Nurush Shahindah

Amira

Love yourself.