Siakap Keli

Perut Memulas Ketika Dalam Perjalanan? Wanita Ini Kongsi Petua Pelik Tapi Berkesan Untuk Atasinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim perayaan ini, masing-masing sibuk menziarahi sanak-saudara tidak kira dekat atau jauh.

Bila dah penuhkan perut dengan pelbagai makanan, mulalah perut memulas minta dikosongkan semula.

Malang sekali bila dapat pakej sakit perut dan kereta tersangkut dalam jem. Perhentian rehat dan rawat (RnR) pula 50 kilometer di hadapan. Haru!

Orang tua zaman dahulu mempunyai pelbagai petua turun temurun yang didakwa berkesan untuk mengatasi situasi ini. Antaranya dengan mengurut atau memicit titik acupressure.

Picit kawasan titik merah pada pergelangan tangan untuk mengurangkan sakit perut. (Gambar: Aurora Healthcare)

Selain itu, seorang pengguna Facebook, Dayyan HaadiDayyan juga telah berkongsi tips mengatasi perut memulas menggunakan gelang getah sahaja. Pelik, kan? Berikut ialah perkongsiannya.

Tahan “Buang Air Besar” Dalam Kereta Hanya Dengan Getah Ikat Barang

Ambil beberapa getah ikat yang ikat barang tu, ikat di ibu jari kaki, lepas Ikat tu pastikan jangan sampai darah tak berjalan pula tau. Jadi lain pula nanti.

1.Sambil pegang ibu jari kaki yang telah diikat tu kata, “Sabar jap, jangan keluar lagi, nak sampai dah ni, tak jauh dah pun”

2. Waktu duduk tu pastikan tekan punggung dalam-dalam masuk terbenam ke dalam kusyen kereta.

Insyaallah sempat la sampai hentian RNR atau rumah nanti.

Mula-mula bila buat, rasa macam tak logik sungguh petua ni. Tapi sebenarnya memang berkesan.

Selamat mencuba.

Apa pula petua korang?

Sumber: Dayyan HaadiDayyan

Amira

Love yourself.