Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: FB Dr Zubaidi, Google)

Tular Kes Sehingga Penuh Dalam Usus, Bahayakah ‘Bubble Tea’? Doktor Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini telah tular satu berita mengenai masalah kesihatan yang dialami oleh seorang remaja dari China yang didakwa berpunca daripada minuman ‘bubble tea’.

Pesakit yang berusia 14 tahun itu mengadu sakit perut yang terlampau serta tiada selera makan dan juga sembelit kepada ibu bapanya sebelum mereka membawanya ke hospital berhampiran.

Setelah diperiksa, doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat banyak ketulan-ketulan yang didakwa ‘topioca pearls’ dari minuman ‘bubble tea’ yang diminum beberapa hari sebelum itu.

Selepas kejadian ini tular di seluruh dunia termasuk di Malaysia, orang ramai mula ‘berkempen’ untuk tidak lagi meminum minuman berkenaan kerana bimbang masalah sama turut dihadapi mereka.

Akan tetapi, benarkah ‘bubble tea’ itu bahaya seperti didakwa oleh masyarakat di luar sana? Untuk menjawab soalan itu, mari kita baca penerangan yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui Facebook-nya ini.

BAHAYAKAH ‘BUBBLE TEA’

Diberitakan seorang remaja berusia 14 tahun dari Zhejiang, China telah diviralkan, berikutan xray beliau yang menunjukkan beratus ‘bubble tea pearls’ yang tidak dihadamkan berkumpul dalam saluran usus.

Dengan lebih jelas, xray menunjukkan bagaimana pearls ini yang dibuat dari kanji ubi (tapioca starch) bersifat seperti gam yg melekat. Jika digabungkan makanan lain yang belum sempurna dihadamkan menyebabkan najis menjadi lebih melekit dan akhirnya menyebabkan usus tersumbat.

Akhbar online China “The Paper” melaporkan bahawa ibubapa remaja ini membawa beliau ke hospital berdekatan (Zhuji People’s Hospital) di Zhejiang pada 28 May 2019, setelah remaja iru mengadu sakit perut yg keterlaluan, tiada selera untuk makan dan sembelit yang lama.

Selepas melakukan pemeriksaan xray, doktor yg merawat Dr Zhang Louzhen melakukan pemeriksaan CT scan abdomen pula sebagai pengesahan dan mendapati bahawa bayangan ketulan telah memenuhi keseluruhan ruang antara perut hingga usus besar terakhir iaitu anus.

Bila disoal remaja itu memberitahu beliau ada meminum segelas “bubble tea” lima hari sebelumnya.

Lalu doktor di hospital itu membuat kesimpulan bahawa masalah yang dialami oleh remaja ini berpunca dari butiran 
‘tapioca pearls’ dalam minuman bubble tea yang tidak terhadam.

Apa yang berlaku adalah berkemungkinan remaja itu meminum terlalu banyak ‘bubble tea’, dalam masa terdekat.

Semestinya meminum ‘bubble tea’ tidak berbahaya, tetapi meminumnya dalam kadar yang banyak dalam jangka masa yang pendek, mungkin menyebabkan ‘tapioca pearls’ tidak terhadam dengan sempurna.

Apa yang penting adalah mengamalkan apa saja makanan dan minuman secara sederhana.

Jangan minum terlalu banyak, InsyaAllah kita tidak mengalami masalah.

#HealthDrZubaidi

Diharapkan dengan penjelasan dari Dr Zubaidi ini dapat menjawab segala kekeliruan yang dihadapi oleh orang ramai mengenai minuman ini.

Bagaimanapun, anda tetap diingatkan untuk tidak terlalu sering menikmati ‘bubble tea’ ini kerana ia adalah minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi selain lemak trans yang banyak.

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad, Seehua

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi