Siakap Keli

”Belum Bayar Kereta Dah Sampai”, Lelaki Ini Kongsi Perbualan Kantoikan ‘Scammer’ Cuba Jual Kereta Miliknya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Macam-macam cara digunakan penjenayah untuk menipu orang ramai. Kerana duit, sanggup menganiayai orang lain yang bersusah payah mengerah keringat mencari rezeki.

Tidak terfikirkah mereka, orang yang ditipu itu mungkin sedang mengalami kesempitan hidup sendiri. Bersusah payah mengumpul duit untuk memastikan kebajikan dan keselesaan keluarga terjamin, tapi duit melayang akibat diperdaya.

Bukan sedikit kes penipuan melibatkan jual beli atas talian. Dari sekecil-kecil barangan murah sehinggalah sebuah kereta, semuanya menyasarkan individu yang kurang ilmu atau terlalu mudah percaya.

Baru-baru ini, Urban Hartanah telah berkongsi satu Tweet mengenai seorang lelaki bernama Azman yang terlihat iklan keretanya di sebuah platform jual beli online tempatan.

Ternyata scammer tersebut mengambil gambar keretanya untuk dimuatnaik di laman jual beli tersebut untuk menipudaya pelanggan. Mujurlah pemilik kereta itu sendiri yang sedar.

Berikut adalah perbualannya;

Azman: (Gambar screenshot) Ada lagi tak bos? Lancer original ke? Deposit nak letak berapa dulu tu bang?

Scammer: Rm 500

Azman: Bagi nombor akaun bang, jangan jual dulu bang. Masa-masa macam ni la nak keluar.

Scammer: Jap. Aku tak jual.

Azman: Cun. Saya bayar habis bang. Nombor akaun bang.

*Scammer beri nombor akaun*

Azman: Kejap saya transfer

Scammer: Okay, bagi resit ya.

Azman: (Hantar gambar kereta sama yang diparking di garaj) Bayar belum lagi, kereta depan rumah dah bang. ***** kau bang

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Berhati-hatilah ketika membuat pembelian di atas talian. Pastikan barang yang ingin dibeli itu betul-betul wujud. Jika boleh, tengok dan periksa dahulu kereta depan-depan sebelum membuat sebarang pembayaran.

Sumber: Urban Hartanah, Man Alisma

Amira

Love yourself.