Siakap Keli

Cinta Buta, Ibu Sanggup Dera Anak Sendiri Untuk Tarik Perhatian Teman Lelaki

Seorang ibu tergamak mendera tiga anaknya termasuk dengan mencabut kuku kanak-kanak itu untuk membuktikan cinta terhadap teman lelaki barunya.

Media Mexico dalam laporanya menyatakan seorang wanita yang dikenali sebagai Jennifer Marisol, 26 tahun telah ditahan polis tidak lama selepas bapa kepada kanak-kanak tersebut Mauricio Alberto membuat laporan mengenai perbuatan isterinya.

Alberto juga meenemui beberapa video yang merakam perbuatan Jennifer mendera tiga anaknya seperti mencubit, menggoncang dengan kuat dan menarik kuku anak-anaknya.

Sebelum ini, Alberto menggunakan media sosial untuk merayu kepada orang ramai mencari anaknya dan Jennifer yang telah lari dan menyembunyikan diri selepas Alberto membuat laporan polis.

“Saya minta bantuan anda untuk mencari anak saya, Guillermo, 9, Samanta, 7, dan Melissa, 1, yang didera secara seksual serta fizikal oleh ibu mereka dan teman lelakinya,” katanya.

Tidak lama selepas laporan yang dibuat oleh Alberto, polis berjaya menangkap Jennifer sebelum wanita itu akan didakwa atas tuduhan melakukan keganasan rumah tangga.

Tiga kanak-kanak bernasib malang itu kini tinggal bersama bapa mereka dan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental.

Sumber: Mirror.co

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia