Siakap Keli

“Dah Tahu Anak Cacat Bawa Ke Sini Jugak,” Makcik Bawang Hina Anak Autisme, Sekali Kena ‘Sound’ Dengan Jururawat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Penangan makcik bawang memang boleh mengeruhkan suasana hari raya. Ketika orang lain mengeratkan silaturrahim, ada pula mulut puaka yang memburukkan suasana. Lupa agaknya bila-bila masa tuhan boleh tarik nikmat lidah tu.

Jangan kerana mulut bawang, habis pahala sebulan berpuasa. Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang wanita yang tidak bertimbang rasa menghina anak istimewa. Berikut adalah perkongsiannya.

Kisahnya macam ni, Saya dan family dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung. Berhenti di satu R&R di satu negeri ni..

Saya dengan anak lelaki umur 4 tahun masuk ke tandas.. Masa masuk tu dah bunyi bising suara budak lelaki duk mengamuk nangis… Lepas siapkan anak saya, nak keluar, dengar lagi budak tu mengamuk dalam tandas… Kemudian, dengar sorang makcik ni cakap,

“Dah tahu anak cacat bawa ke sini jugak… Buat malu.. Menyusahkan orang… Kenapa tak buang je dari dalam perut..” (makcik tu guna dialek daerah)

Gambar hiasan

Saya terdiam… Rasa nak tonyoh-tonyoh mulut makcik kampung tu dengan sneakers ni haaa… Saya tunggu ibu dan anak yang duk tantrum tu keluar… Nak tengok, betul ke budak tu istimewa..

Dalam 15 minit tunggu, keluar la budak tu dengan ibunya… Makcik tadi sambil duk tunggu giliran nak masuk tandas duk menjebik mulut buat muka sambil pandang kat dua beranak tu.

Saya ni jenis iman tipis sikit bab-bab menghina anak orang ni… Terus saya cuit makcik tu..

“Kenapa makcik?? Ada masalah ke dengan dieorang?”

“Tak adalah.. Dah tahu anak macam tu, kurung je la dalam rumah.. Buat malu je bila dah mengamuk kat tempat ramai orang.. Jenis mak bapak tahu buat anak macam tu la…”

Saya pandang muka ibu tu.. Saya yakin ibu tu dengar..

Gambar hiasan. (Gambar: EntityMag)

“Makcik ada anak berapa orang?”

“Tak ada rezeki lagi orang kata.. Jenuh cara macam-macam buat, tak lekat jugak.. Sekarang dah berumur ni malas dah la fikir pasal anak.. Ada la tu rezeki lain datang…”

“Ooo…tak apa makcik.. Ada sebab Allah tak tiupkan roh ke rahim makcik, sebab makcik mulut jahat.. Tahu jimak jee… kot mengandung dapat tahu dari dalam perut lagi dapat anak istimewa bila scan, terus makcik buang dalam longkang ke jamban ke…

“Ya la kan… takkan nak jaga anak macam tu kan.. Mana nak letak muka kan.. kesian makcik… Dah la tua.. Busuk hati mulut jahat… Nanti saya mintak air jampi kat mana-mana bagi makcik minum.. Buang keladak dalam jiwa tu.. Mana tahu kot hati dah bersih makcik pun dapat anak… Kan… Kita tak tahu kan…”

“Perempuan kurang ajar nih..kau tahu aku siapa??”

“Tahu… Makcik bawang.. Saya pergi dulu ya..”

Dia duk maki-maki saya dalam dialek dia..

Saya pergi kat ibu tu..

“Akak sabar ye… Ni syurga akak… abaikan mulut makcik puaka macam tu..”

Akak tu senyum dan cakap dia dah biasa.. Lagipun makcik tu bukan orang lain… Mak saudara dia juga…

Ya Allah… Kalau saya tahu tu mak saudara akak tu lagi teruk saya bantai dengan mulut puaka saya ni haaaa…. mengata saudara sendiri…

Tolonglah… Tak kira siapa pun anda janganlah mulut tu ringan berkata-kata jahat kat anak-anak istimewa.. Tak takut kifarah ke???? Tak faham dengan sesetengah mentaliti manusia macam tu.. Macam tak ada rasa simpati empati langsung….

Semoga urusan ibu ayah yang ada anak-anak istimewa ni dipermudahkan..

Kepada makcik bawang, ingatlah sekelip mata saja Tuhan boleh buat lidah lancang tu senget, kelu, tak boleh cakap sampai bila-bila. Ingat, hari sihat boleh mengata. Nanti bila sakit, cuci najis pun kena ada orang tolong, masa tu baru tahu langit tinggi ke rendah.

Sumber: SharkyLemon Java Lava

Amira

Love yourself.