Siakap Keli
Foto: Bernama/LLM

(Gambar)Mula Pulang Ke Kota, Lebuh Raya Utama Di Utara-Selatan Dan Pantai Timur Alami Kesesakan Bermula Semalam

Aliran trafik bagi beberapa lebuhraya utama dilaporkan sesak pada pagi ini berikutan orang ramai mula bergerak ke bandar dari kampung masing-masing.

Kesesakkan juga dilaporkan berlaku semalam apabila warga kota yang pulang bercuti ke desa mula bergerak pulang ke bandar-bandar besar bermula Sabtu.


Naz Nazri/‎LPT-LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA1 & FASA2

Mengikut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik tinggi di laluan selatan ke utara iaitu Gambir ke Tangkak dan Simpang Ampat ke hentian Pedas Linggi (U).

Dari utara pula, aliran trafik tinggi dari Permatang Pauh ke Perai, Juru ke Plaza Tol Juru, Alor Pongsu ke Taiping (U), Bukit Merah ke Taiping (U), Changkat Jering ke hentian Simpang Pulai (S), Gua Tempurung ke Tapah, R&R Tapah (S) ke Bidor & seterusnya ke Sungkai, Tanjung Malim ke Lembah Beringin, Lembah Beringin ke Bukit Tagar dan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

Di pantai timur, trafik dilaporkan sesak 1 km sebelum memasuki plaza tol Kuala Terengganu, 20km dari Pers. Bentong Timur ke Bukit Tinggi dan 13Km dari Km 93.2 sehingga TP Karak hala barat.

Pengguna dinasihatkan untuk memandu secara cermat dan berhati-hati serta tidak memerlahankan kenderaan untuk menonton kemalangan.

Untuk sebarang maklumat trafik terkini, orang ramai boleh hubungi talian bebas tol seperti berikut;

Plusline: 1800-88-0000 (Twitter PLUS)

LLM: 1-800-88-7752 (Twitter LLM)

LPT: 1700-818-700 (Twitter LPT Trafik)

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Trafik, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Trafik, Jalan Now

Amira

Love yourself.