Siakap Keli
Gambar : Batiah Mahadi

”Tak Apa, Allah Ada…”, Dikecam Netizen Tertinggal Ibu Di RNR, Anak Tampil Ceritakan Perkara Sebenar Berlaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam tular beberapa keping gambar yang memaparkan wajah duka seorang warga emas yang dikatakan ditinggalkan oleh anaknya sendiri di sebuah perhentian rehat dan rawat. Justeru, ramai pengguna media sosial yang membuat andaian dan mengkritik tindakan anak wanita terbabit yang tergamak meninggalkannya bersendirian di kawasan berkenaan.

Gambar-gambar tersebut dipercayai telah mula tersebar di sebuah group di laman Facebook dan menjadi tular. Berikutan tohmahan dan kecaman yang diterima oleh keluarga itu, anak perempuannya tampil untuk menjelaskan situasi sebenar untuk memberhentikan segala spekulasi dan prediksi orang ramai mengenai kejadian tersebut.

Batiah Mahadi telah memuat naik hantaran di laman Facebooknya, menurutnya:

Assalamualaikum semua. ni Mak saya cerita yang tak enak nyer abang saya bawak mak beraya di Terenganu.

Dia dalam keadaan tidak sihat demam. Isterinya pula tengah tidur masa tu mak pula duduk dibelakang. mak keluar dr kereta tanpa pengetahuan abg sy. So bile abg sy yang mamai msuk kereta dia tak check pula mak ade ke tak.

Gambar : Batiah Mahadi

Mak saya sakit jantung dan buta huruf. Bila sayatahu hal ni dari abang ipar. Sebab dah viral. Saya pon macam nak pengsan. Semua org sy call hanya dapat ckp dgn kaklong sy di terengannu. Mak dah selamat dikerumah akak long saya. Pihak polis call skolah kakak sy dah dapat hubungi dia dan bgtau mak sy ade di balai polis anak saudara saya menjemput neneknya.

Manakala abg saya pula telah berpatah-balik sebaik sedar mak tiada dibelakang kereta dan call anak2 saudara suruh cari nenek mereka secepat mungkin di RnR tu. Gitu lah ceritanya. Semua ini menjadi pengajaran supaya lebih teliti bile pergi berjalan jauh dgn org tua yg perlu lebih perhatian..

Terima kasih buat abang-abang JPJ dan abang-abang Polis yang banyak membantu dan bertindak cepat

Terima kasih juga buat semua yang memgambil berat dan doa-doa yg baik. Mak sy dikelilingi anak2 yg syg kan dia. Tak pernah ditingalkan keseorangan. Duduk pon skali dgn anak2 lelakinya 3 family. Mana mungkin mereka nak tinggalkan mak tersayang ni dengan sengaja.

Gambar : Batiah Mahadi

Allahhuakbar. Selalu kawan-kawan mak jeles sbb anak-anak mak selalu jaga mak dgn baik. Tapi bile Allah nk bg ujian. Siapa kite dapat menghalang nya. Kecuaian tu tetap salah bagi kami.

Gambar : Waris Kelantan, Pahang & Terengganu

Kami sekeluarga maafkan sahaja. Walaupun banyak sangat yang tak betul.

Kata-kata tohmahan dan mcm2 dilemparkan pd kami. Tak apa Allah ada. Biar dia saja yang menghitung semua. bagi setiap cacian, tohmahan dan prasangka buruk. Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak.

Gambar : Batiah Mahadi

Jual nasi lemak dengan mak. Sejak ayah meninggal 29 tahun dulu. Sejak abg usia 19 tahun. Malahan mak manja dgn abang. Abang pun kawin lambat umur 40. Cuma abang tersilap kali ini. Allahu. abang memang benar-benar terlepas pandang. Abang kami tu baik orangnya.

Pernah orang hutang dia rm4000 abang halalkan saja wpun dia bukan kaya pun. Dulu2 kalau kami nakal. Bila mak nak pukul kami, abang akan tunggu sedangkan kami lari. Kami tahu kasih abg pada mak. Tak apalah cakaplah apa nak cakap tapi kami adik beradik tahu abg kami mcm mana. Kami serah semua pada Allah. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-sebaik hitunganNya.

Sumber : Batiah Mahadi 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.