Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dakwaan Seorang Lagi Penduduk Meninggal Dunia Adalah Palsu – Menteri Kesihatan

Jangkitan saluran pernafasan penduduk Orang Asli di Kuala Goh, Gua Musang kini sedang hangat dibincangkan. Perkara ini berikutan pelbagai spekulasi dan berita-berita yang disebarkan di dalam media sosial terutamanya.

Terbaru, terdapat dakwaan bahawa seorang lagi penduduk orang Asli Kuala Koh meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Namun, berita tersebut sebenarnya adalah palsu dah telah disahkan sendiri oleh Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri.

Pesakit yang berumur 3 tahun yang didakwa telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan ini masih lagi menerima rawatan di wad intensif kanak-kanak HRPZII. Tampil menjelaskan kekeliruan akibat penyebaran berita palsu ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN) tampil memberi kenyataan berkenaan isu ini.

Sumber: KKMPutrajaya

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa