Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kajian Penyelidik Dakwa Wanita Cantik Lebih Tertarik Kepada Lelaki Kurang Kacak, Ini Penjelasannya

Jika berbicara mengenai kecantikan rupa paras, pastinya semua orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Kecantikan itu subjektif, setiap individu akan mempunyai takrifan khusus untuk istilah tersebut. Mungkin pada pandangan kasar, seseorang itu dikatakan cantik, namun tidak semestinya orang lain mempunyai tanggapan yang sama.

Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Florida State dan Univeriti Southern Methodist , seorang wanita lebih cenderung untuk memilih suami yang kurang kacak kerana tidak perlu bersusah-payah menjaga fizikal terutama dalam soal diet mereka.

Bahkan kajian itu turut menyatakan bahawa wanita lebih gembira kerana terasa lebih dihargai oleh lelaki kurang kacak. Lelaki jenis ini dikatakan lebih komited dalam sesebuah hubungan dan bersungguh-sungguh untuk membahagiakan orang yang mereka sayangi.

Gambar Hiasan

Manakala, satu kajian yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati lelaki yang kurang kacak ini mempunyai pendapatan yang lebih stabil berbanding dengan mereka yang mempunyai paras rupa menawan. Ada juga wanita yang suka dengan golongan ini kerana merasakan bahawa lelaki jenis ini ‘nerd’ dan bijak.

Lebih-lebih lagi, dapat dilihat bahawa kebanyakan lelaki ini merupakan seorang yang kelakar. Itu antara sebab utama kenapa wanita tertarik untuk jatuh hati kepada mereka. Malah jika dilihat, kebanyakan mereka lebih berkarisma dari lelaki kacak.

Wanita sebenarnya tak suka berasa terancam, terutamanya apabila melibatkan orang yang tersayang. Justeru itu, wanita lebioh suka mencintai lelaki yang kurang kacak kerana tidak mahu kekasih hatinya itu dirampas oleh orang lain.

Sumber : Mel Magazine, WDKX

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.