Siakap Keli
Gambar Bernama (Hiasan)

Kanak-Kanak Dilaporkan Hilang Ditemui Mati Lemas

Pencarian kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Tebobon sejak dua hari lepas berakhir apabila mayatnya ditemukan kira-kira tiga kilometer dari kawasan rumah mangsa merujuk kepada Bernama.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan memaklumkan mayat Mohd Putra Daniel Samsul, tiga tahun dan empat bulan yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai Sabtu lalu ditemui oleh ahli keluarganya yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat, kira-kira pukul 12.19 tengah hari tadi.

Gambar Bernama

Mayat yang dijumpai dicelah-celah timbunan tumbuhan kayu hanyut yang dibawa arus ke tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada pukul 6 pagi tadi bersama 12 anggota dibantu oleh Unit K9,” kata kenyataan itu.

Kawasan pencarian dijalankan di sekitar sungai tempat mangsa dipercayai hilang kira-kira pukul 6 petang, Sabtu lepas. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang