Siakap Keli
Gambar: Metro

Pakar Bedah Berjaya Keluarkan Gigi Yang Tumbuh Dalam Alat Kelamin Seorang Remaja Lelaki

Sepasukan doktor telah selamat mengeluarkan sebatang gigi yang dijumpai tumbuh di dalam alat kelamin seorang remaja lelaki di Rusia.

Pembedahan bagi kes yang boleh diklasifikasikan sebagai luar biasa itu telah berjaya dilakukan di Hospital Kanak-Kanak Morozov, Rusia.

Difahamkan, gigi geraham yang hilang dalam mulut remaja lelaki berumur 13 tahun itu didapati tumbuh didalam alat kelamin remaja tersebut.

Pihak doktor telah berjaya melakukan pembedahan tersebut dan percaya bahawa alat kelamin remaja tersebut akan pulih seperti sedia kala.

Menurut doktor, punca gigi yang tumbuh pada alat kelamin remaja tersebut adalah disebabkan ketumbuhan yang berpunca daripada masalah sel stem semasa dia berada di dalam kandungan.

Operasi pembedahan yang dilakukan di Hospital Morozov itu telah diketuai oleh pakar bedah yang bernama Dmitry Tarusin.

‘Punca gigi tersebut boleh berada didalam alat kelamin remaja tersebut adalah disebabkan proses genetik yang berlaku semasa dia berada di dalam kandungan’, ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

Gambar: Metro

‘Gigi tersebut merupakan gigi geraham yang terletak di bahagian atas rahang’

Satu imbasan yang dilakukan pada alat kelamin remaja tersebut berjaya menemui ketulan yang disyaki sebagai batu karang pada mulanya.

Sejurus selepas menemui ketulan itu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan secepat yang mungkin pada alat kelamin remaja tersebut bagi mengeluarkannya.

Gambar: Daily Mail

Hasil daripada pembedahan yang dilakukan itu, doktor berjaya menemui sebatang gigi geraham yang ‘tumbuh’ dalam alat kelamin remaja tersebut.

Pakar pergigian menyatakan bahawa sebelum ini ada kes yang sama sebegini, namun gigi tersebut hanya tumbuh pada paru-paru pesakit tersebut. Tetapi, gigi yang tumbuh pada alat kelamin seperti ini merupakan kes yang agak pelik pernah dicatatkan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right