Siakap Keli

Perhatian, Gula-Gula Himalaya Salt Palsu Dijual Seluruh Malaysia, Ini 4 Cara Untuk Kenalpasti

Sebelum ini gempar desas-desus beberapa produk makanan yang telah ‘diklonkan’ dengan menggunakan ciri-ciri fizikal sama namun bukan daripada pengeluar asal.

Gula-gula Himalaya Salt terkenal dalam kalangan Malaysia sejak daripada dulu lagi dan antara yang mendapat sambutan orang ramai.

Terbaru, pihak syarikat BIG FOOT Malaysia yang berpengkalan di Tampin mengeluarkan beberapa siri kenyataan dan perbezaan gula-gula jenis Himalaya Salt yang telah ditiru.

Melalui perkongsian mereka melalui Facebook rasmi BIG FOOT Malaysia, orang ramai boleh membezakan produk itu dengan empat cara.

1. Perbezaan jenis font

2. Alamat syarikat

3. Kenyataan pembuatan (manufacture)

4. Gaya cetak

Pengguna dalam pada itu rata-rata terkejut dan akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan pembelian barangan makanan palsu.

Sumber: BIG FOOT Malaysia

Nur Farra