Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Pesakit Kritikal Boleh Tuntut Wang Sehingga RM 8000, Ini Caranya

Mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai mySalam yang merupakan salah satu inisiatif yang berkaitan dengan skim perlindungan kesihatan. Ia bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40. Terutamanya untuk penerima Bantuan Sara Hidup, anda sebenarnya layak untuk menuntut wang sehingga RM8.000 melalui skim ini.

Di bawah mySalam, penerima akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital. Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran RM8,000 akan dibuat sekaligus ke akaun penerima.

Gambar Hiasan

Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yang dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah. Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my

Tuntutan mySalam Skim Perlindungan B40

Ini adalah langkah untuk membuat tuntutan mySalam 2019:

  1. Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
  2. Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  3. Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
  4. Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  6. Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
Gambar Hiasan

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

Antara Senarai 36 Jenis Penyakit Krtitikal Yang Dilindungi Di bawah Program mySalam

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Dan untuk makluman skim ini hanya kepada penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja. Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.

Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/. Manakala untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke [email protected]

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TVl41owgfdQ?start=6]

Sumber : Semakan Online 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.