Siakap Keli
Gambar Hiasan

Apa Punca Najis Anak Ada Darah?, Ini Penjelasan Doktor Untuk Para Ibu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara yang digeruni oleh setiap ibu bapa adalah masalah anak sembelit yang menjurus kepada masalah najis berdarah. Selalunya perut anak-anak yang masih kecil sangat sensitif dengan jenis makanan yang diberikan dan perlu dijaga dengan rapi.

Sebagai ibu bapa, anda perlu perhatikan najis bayi berlendir dan berdarah untuk pengetahuan sama ada ia sindrom itu normal atau tidak. Bunyinya agak melucukan bagaimana ramai ibu bapa obses dengan segala benda yang bayi mereka lakukan, termasuk juga apa yang mereka hasilkan di dalam lampin mereka.

Tetapi sejujurnya, najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka.

Banyak persoalan yang ditujukan oleh Dr Zubaidi mengenai masalah anak kecil terutamanya mengenai najis anak ada darah. Menurut ibu ini, umur anaknya kurang dari dua bulan dan najisnya mempunyai darah seperti sehelai bulu mata.

Ikuti beberapa langkah dan punca yang patut dibaca oleh semua ibu bapa yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di laman Facebooknya.

1. Pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal.

Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah.

Saya mencadangkan agar anda membawa najis tersebut ke klinik dan bertanyakan pada doktor jika dapat melakukan ujian untuk menetukan najis yang dialami mempunyai darah atau tidak.

Jika benar ia adalah darah dalam najis, pemeriksaan lanjut harus dilakukan kerana berkemungkinan ia menunjukkan tanda berbahaya.

2. Jika anak anda bayi perempuan, mungkin akan ada darah tetapi bukan dari dubur tetapi faraj.

Itu perkara biasa dan bukan suatu masalah yang besar. Ini disebabkan semasa bayi dalam kandungan, hormon ibu akan memasuki tubuh anak. Apabila ia dilahirkan, penurunan hormaon dalam tubuh si anak kerana tidak dapat lagi mendapat ‘bekalan’ dari ibunya dan menyebabkan terdapat pendarahan pada farajnya. Ini sangat normal dan tidak berbahaya.

3. Mengalami sembelit

Apabila anak tersebut mengalami sembelit kerana permulaan minum susu formula akan mengalami sedikit pendarahan apabila meneran. Pendarahan tersebut bersifat sementara dan berasal daripada lubang dubur. Ia akan sembuh selang beberapa hari.

4. Mengalami ruam lampin teruk 

Bayi yang mengalami masalah ini jugaboleh meninggalkan kesan darah pada lampin. Begitu juga dengan bayi yang mengalami masalah ekzema, lebih mudah mengalami alahan protein susu lembu.

Bayi seperti ini tidak dapat memproses dan menghadam susu dengan baik, meyebabkan usunya luka dan darah keluar melalui najisnya.

5. Jangkitan bakteria pada usus

Ini juga boleh menyebabkan masalah yang sama.

Doktor ini juga memesan, jika anak kecil kerap terjadi pendarahan pada najis. Bawa bersama najis dalam lampin ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Dr Zubaidi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang