Siakap Keli
Gambar: MovieWeb

Conor McGregor Tawar Mahu Jadi Hos Bagi Perlawanan Antara Justin Bieber dan Tom Cruise

Pada ahad lalu, penyanyi terkenal dunia iaitu Justin Bieber telah memberanikan diri dengan mencabar pelakon Hollywood terkenal iaitu Tom Cruise menerusi akaun Twitter miliknya untuk bertarung dalam gelanggang Octagon UFC.

Penyanyi yang berusia 25 tahun itu telah mencabar pelakon Hollywood itu dengan menyatakan bahawa jika Tom Cruise tidak menerima cabaran yang dibuat oleh Justin Bieber, Tom Cruise seorang yang penakut.

Dalam tweet yang dibuat oleh Justin Bieber itu, beliau juga turut ingin mencari mana-mana penganjur yang ingin menguruskan perlawanan tersebut.

Dengan tersebarnya tweet tersebut, ianya telah sampai ke pengetahuan bekas pemenang kategori featherweight dan lightweight iaitu Conor McGregor. Bekas bintang UFC itu kemudiannya menawarkan untuk menguruskan perlawanan tersebut jika ianya menjadi.

Untuk menghangatkan suasana, Conor McGregor juga turut mencabar pelakon Hollywood terkenal iaitu Mark Wahlberg untuk bertarung dengannya menerusi satu tweet yang dimuat naiknya sendiri.

Adakah pertarungan ini akan menjadi kenyataan? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Sumber: heroic hollywood

 

Aqmal Ezany

I write what is right