Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kanak-Kanak Ini Naikkan Berat Badan Untuk Selamatkan Nyawa Bapanya

Ayah adalah seorang insan yang bermakna, tanpa ayah siapalah kita di dunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah juga sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak. Siapa yang tidak sayangkan ayah. Walaupun sesetengah orang mengelarkan bapa, papa mahupun abah, tetapi ia tetap satu di dalam dunia ini.

Sebagai anak, kita perlu berusaha untuk mengembirakan mereka walaupun ianya kecil tetapi berbaloi untuk mereka. Hargailah ayah anda. Walaupun mereka mungkin kadang-kala tidak seperti yang kita bayangkan, tetapi mereka seorang yang sanggup berkorban untuk kita.

Apa yang terjadi di negara tembok besar China ini, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun berusaha untuk menaikkan berat badannya untuk menyelamatkan nyawa bapanya.

Bapanya memerlukan pembedahan pemindahan tulang sumsum dan pihak hospital memerlukan seorang penderma yang beratnya 45 kilogram ke atas. Jika seseorang penderma itu bersaiz besar dan berat, maka lagi sempurna untuk melakukan memindahan tulang tersebut.

Lu Zikuan merupakan anak sulung dalam ahli keluarga ini dari wilayah Henan China tengah, berusaha meningkatkan berat badan dengan secepat mungkin untuk memenuhi syarat tersebut.

Beratnya dari 30 kilogram naik ke 44 kilogram sejak bulan Mac lalu untuk dipadankan dengan tulang ayahnya. Walaupun dalam keadaan sakit, Lu tetap makan kerana mereka sekeluarga tidak dapat menanggung rasa sedih jika kehilangan ayahnya.

Pada hari Kanak-Kanak Antarabangsa tahun ini, Lu bercadang untuk mencapai beratnya hingga 50 kilogram seperti apa yang disepakati oleh ayahnya itu.

Sumber: AsiaOne

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang