Siakap Keli

Lucu, Ketakutan Cicak Tokek Melekat Depan Pintu Rumah, Wanita Hubungi Polis Minta Bantuan

Pihak polis telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan penduduk sesebuah negara seperti mencegah jenayah serta memastikan penduduk berada dalam keadaan yang aman. Tugas polis sangat dipandang tinggi kerana mereka berkorban nyawa untuk menegakkan keadilan. Namun, tugas polis bukan setakat itu sahaja tetapi lebih menyeluruh dan besar aspeknya.

Baru-baru ini, seorang wanita telah menghubungi pihak polis apabila berhadapan dengan detik cemas berhadapan dengan reptilia ketika ingin memasuki pintu rumahnya. Namun, perkara tersebut boleh dikatakan lucu apabila haiwan tersebut merupakan cicak tokek yang melekat di pintu rumah sewanya. Wanita tersebut yang dalam ketakutan terus menghubungi talian kecemasan 191 untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

Menurut anggota polis yang terlibat, kejadian yang berlaku di wilayah Bueng Kan itu merupakan operasi menyelamat pertama yang melibatkan haiwan tersebut.

Biasanya kami mendapat panggilan untuk mengeluarkan ular tetapi untuk mengeluarkan tokek, ini adalah yang pertama

Wanita Thailand tersebut yang dalam ketakutan menghubungi pihak polis kerana saiz fizikal cicak tokek tersebut sangat besar. Tindakan pantas pihak polis telah berjaya menangani masalah tersebut dan mengembalikan reptilia tersebut ke habitat semula jadi. Dilaporkan tiada kecederaan yang berlaku sepanjang operasi tersebut.

Perkara ini tidak menjadi aneh bagi kebanyakan orang Thailand kerana rata-rata penduduk sangat takut akan cicak yang dianggap merbahaya kerana ganas dan beracun sehingga boleh membunuh.

Sumber: Coconuts Bangkok

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa