Siakap Keli
Gambar: FB FAM

Malaysia Layak Ke Pusingan Seterusnya Dengan Membenam Timor Leste

Skuad Harimau Malaya memulakan langkah kanan dalam kempen aksi kedua ‘play-off’ Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan membelasah Timor Leste sebanyak lima berbalas satu sebentar tadi.

Terdahulu, skuad negara telah membenam skuad Timor Leste pada perlawanan aksi pertama dengan keputusan 7-1. Hasil jaringan yang besar itu telah membuatkan skuad bola sepak negara kurang tertekan kerana keputusan yang perlu diatasi pasukan Timor Leste bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya itu adalah sebanyak lapan berbalas kosong.

Dalam aksi tersebut, pasukan negara dilihat menguasai penuh perlawanan tersebut sementara Timor Leste terus bergelut mencari rentak permainan.

Skuad negara tidak perlu menunggu lama dengan memulakan pesta jaringan apabila penyerang negara iaitu Shahrel Fikri Md Fauzi berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 11.

Beliau telah diangkat sebagai ‘Man Of The Match’ bagi perlawanan tersebut selepas beraksi cemerlang dengan berjaya menjaringkan ‘hat-trick’ dalam perlawanan itu.

Hasil daripada prestasi yang memuaskan ditunjukkan oleh pertahanan negara, skuad Timor Leste hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja dalam perlawanan itu.

Walau bagaimanapun, jentera serangan pasukan negara juga perlu dipuji selepas berjaya mencatatkan jaringan yang besar dengan menyumbat lima gol. Secara keseluruhannya Skuad Harimau Malaya telah berjaya mencatat 12-2 untuk meneruskan saingan pasukan Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ke peringkat yang seterusnya.

Sumber: FB FAM

Aqmal Ezany

I write what is right