Siakap Keli
Gambar: FB Ahmad Safiuddin

”Sedekahkan Al-Fatihah Buat Jiwa Dan Diri Ainul”, Perkembangan Terkini Adik Ainul Di United Kingdom

Masihkah anda ingat tentang adik Ainul Mardhiah yang menghidapi ‘Germ Cell Tumor’. Kisah penderitaan yang dilalui oleh adik Ainul Mardhiah ini telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Penderitaan yang dilalui oleh adik Ainul telah menjadi bualan netizen-netizen Malaysia sehinggakan ianya sampai ke pengetahuan  Dr.Amalina Bakri yang bertugas di sebuah hospital di United Kingdom bagi mendapatkan bantuan pakar yang bertugas di hospital dimana beliau bertugas.

Hasil kuasa tular yang dilakukan oleh netizen-netizen di Malaysia, adik Ainul Marhdhiah ini telah diberi bantuan untuk diterbangkan ke UK bagi dirawat oleh pakar-pakar di negara tersebut.

Setelah hampir dua minggu adik Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya berada di UK bagi mendapatkan rawatan, perkembangan tentang kesihatan adik Ainul ini masih lagi diikuti oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Ahmad Safiuddin iaitu ayah kepada adik Ainul Mardhiah ini:

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon tuan puan untuk sedekahkan al fatihah buat jiwa dan diri ainul supaya dia terus kuat dengan apa pun perkara yang sedang dilaluinya

Yakin dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan, tiada satu makhluk pun dapat menandingiNya. Dan semoga Allah berikan sedikit kebijaksanaanNya dan jalan mudah buat para doktor yang sedang merawat Ainul

Walid dengan mama tunggu kamu di luar ye sayang.

Walaupun mama dengan walid tak dapat teman, tapi kami berdua yakin, di dalam bilik itu sedang dipenuhi para malaikat yang dikirim Allah untuk menjagamu anak.

Apa pun jawapan Allah, mama dengan walid akan terus redha dan bersyukur.

Kuat ye anak. Kemenangan sedang menunggumu!

Sumber: FB Ahmad Safiuddin

Aqmal Ezany

I write what is right