Siakap Keli

“Tumor Seberat 200g Berjaya Kita Buang,” Doktor Amalina Cerita Detik Cemas Ainul Harungi Pembedahan Selama Lima Jam

Hari ini, rakyat Malaysia mendapat perkhabaran gembira apabila adik Ainul Mardhiah yang menghidapi kanser mulut Germ Cell Tumor telah selamat menjalani pembedahan. Rata-rata rakyat Malaysia berharap anak syurga itu akan terus sihat dan urusannya dipermudahkan sehingga dia benar-benar sembuh.

Melalui muat naik yang dibuat oleh Dr Amalina Bakri menerusi laman Instagram, pembedahan tersebut mengambil masa sekitar lima jam untuk membuang tumor tersebut. Tambahnya lagi, tumor yang telah berjaya dibuang melalui pembedahan itu iaitu seberat 200 gram.

https://www.instagram.com/p/ByjvOmOAHG1/?igshid=at3x0hdvmzjr&fbclid=IwAR2wQclol7Ykx-L2JkoEXHAuOR29kqHatiwobiT5AaNWo4hc5IIjVUGK-zM

Alhamdulillah, Ainul, awak seorang budak perempuan yang kuat. 

Disebabkan operasi pembedahan tersebut merupakan operasi yang berisiko tinggi, banyak persiapan yang telah dilakukan bagi memastikan adik Ainul selamat dalam pembedahan tersebut. Antaranya, banyak perancangan, imbasan serta mesyuarat dilakukan sebelum operasi ini dijalankan. Menurut Dr Amalina, operasi yang diketuai oleh Prof David Dunway dan Encik Juling Ong melibatkan ahli bedah dari pelbagai kepakaran termasuklah perancang craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher.

Melalui muat naik tersebut, Dr Amalina menzahirkan rasa berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan tersebut. Buat masa ini, Ainul sedang dipantau dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau juga menceritakan bahawa tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan ibu bapa Ainul iaitu Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani. Perkara ini adalah kerana perasaan emosinya bercampur rasa gembira pada masa yang sama.

Rata-rata netizen bersyukur atas kejayaan pembedahan tersebut dan membanjiri laman Instagram Dr Amalina itu dengan ucapan tahniah kepadanya dan pasukan.

“Tahniah kepada seluruh pasukan, moga adik Ainul cepat sembuh”

“Menangis kegembiraan mendengar update dari doktor”

“Tahniah Dr Amalina dan pasukan”

“Salute kepada rakyat Malaysia, kerana anda ainul dilahirkan semula dengan senyuman”

Sumber: dramalinabakri

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.