Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: FB Harith Faisal/Verdi Alliance)

Anggap Beli Rumah Baru Itu Hebat, Perunding Hartanah Ini Rungkai Kesilapan Anak Muda Ketika Beli Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki rumah sendiri merupakan idaman kepada sebahagian besar daripada kita, lebih-lebih lagi membeli rumah baru. Tak dapat dinafikan, ia sememangnya menjadi aset pilihan ramai kerana nilainya semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Akan tetapi, kadang-kala ada di antara kita yang terlalu ghairah untuk memiliki rumah baru sehinggakan memilih untuk membeli rumah yang masih dalam pembinaan dan terlupa yang mereka perlu membayar pembayaran progresif(progressive payment).

Progressive payment adalah bayaran yang perlu dibayar kepada pemaju sementara rumah yang mahu dibeli siap dibina. Ramai yang memilih untuk membeli rumah yang masih dalam pembinaan ini kerana mahukan bayaran pendahuluan yang lebih rendah.

Perkara inilah yang dikongsikan oleh seorang perunding hartanah, Harith Faisal di Facebook-nya baru-baru ini.

Anak muda nampak yang beli rumah baru tu best. Iyalah, sebab rumah moden dan wangi. Tapi ada juga yang dah beli rumah baru, kemudian baru sedar yang dia kena bayar progressive payment. Pehhh..

“La, saya ingatkan kena mula bayar lepas rumah siap je. Tak tau pula kena bayar progressive payment setiap bulan. Pening saya nak bayar sampai 2 tahun ni Encik. Nak cancel beli boleh?”

Dahlah sekarang masih hidup menyewa. Kena bayar sewa rumah, kena bayar progressive payment pula tu. Rumah landed biasanya 24 bulan sampai rumah siap, rumah atas awangan pula dalam 36 bulan.

Progressive payment tu bukan kau kena bayar terus amaun sama dengan ansuran bulanan. Tapi makin hari dia akan menghampiri nilai tu. Bergantung kepada berapa banyak developer dah claim dengan bank.

Contoh kiraan:

Kau beli rumah daripada pemaju dengan harga RM400K. Pembiayaan RM360K. Kadar keuntungan bank 4.5%. Pada bulan pertama, contoh Januari, developer claim dengan bank RM80K.

RM80K x 4.5% x (31/365) = RM305.75

Pada bulan pertama kena bayar RM305.75 tu. Masuk pula bulan kedua (Februari), ada 28 hari saja. Developer claim lagi RM80K dengan bank. Berapa pula kena bayar. Bertambah sikit daripada Januari.

(RM80K + RM80K) x 4.5% x (28/365) = RM552.32

Jadi, kalau kalau hari ni kau kali pertama baru dengar pasal progressive payment, baguslah. Dapat juga ilmu baru. Nak beli rumah baru, holding power kena kuat. Kalau tak cukup power, jenuh weih.

Sebab tu saya galak anak muda beli rumah subsale. Tak kisahlah untuk duduk sendiri atau pelaburan. Takda sebab lain. Sebabnya kita gaji ciput. Macamlah saya tak faham, kan. Kita sama je.

Dalam hartanah, ada 3 pasaran untuk kita beli rumah; undercon (rumah baru), subsale (rumah second hand) dan lelong. Setiap pasaran ada risiko dan semuanya boleh buat untung kalau ada ilmunya.

Apa-apa pun, kau kena ukur harga rumah ikut payslip sendirilah. Janganlah kau ikut payslip bos kau. Kalau tak, jadilah kes anak muda gaji RM3,000 booking rumah RM500K. Bila loan kena reject, maki banker. – HF

#harithfaisal

SHARE kat kawan-kawan yang nak beli rumah baru tu. Mungkin dorang pun tak tahu pasal kewujudan progressive payment ni. Tapi kalau memang gaji dia besar, holding power memang ada, takpa lah.

Sumber: FB Harith Faisal

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi