Siakap Keli
Foto: FB Ahmad Safiuddin

”Doa Anda Telah Dijawab Oleh Tuhan”, Ayah Ainul Terharu Anaknya Buat Rakyat Malaysia Bersatu Hati

Seperti yang kita tahu, berkat doa orang ramai dan usaha yang dilaksanakan oleh keluarga serta atas bantuan doktor-doktor pakar di London, adik Ainul Mardhiah telah selamat dibedah dan tumor seberat 200 gram di mulutnya telah berjaya dibuang.

Kisah mengenai bidadari kecil ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai pihak yang datang untuk membantu, malah ia juga telah menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, kaum, bangsa dan agama.

Itulah yang menyebabkan bapa kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin berasa terharu dan bangga dengan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau sempat membuat tangkapan skrin beberapa komen netizen mengenai anaknya dan dikongsikan di laman Facebook beliau baru-baru ini.

Personally, saya walid kepada Ainul Mardhiah setuju dengan komen-komen yang sempat saya screenshot ini.

Sejak hari pertama viral, bermacam macam orang hubungi dan whatsapp saya.

Melayu, cina, india, sabah, sarawak, tidak kira agama semuanya ambil berat terhadap Ainul.

Itu belum lagi orang yang tak ada duit, tapi berusaha juga bagi sumbangan kepada ainul(walaupun saya berpuluh kali tolak penerimaan itu).

Sehingga jika ada page yang post tentang Ainul, kita akan dapat lihat keharmonian rakyat Malaysia.

Tahniah semua rakyat Malaysia, doa anda telah dijawab oleh Tuhan.

Kami suami isteri dan Ainul sangat terhutang budi terhadap anda semua.

Semoga Tuhan merahmati kita semua. Amin.

#ProudToBeMalaysian

Foto: FB Ahmad Safiuddin
Foto: FB Ahmad Safiuddin
Foto: FB Ahmad Safiuddin
Foto: FB Ahmad Safiuddin

Ini sekaligus menunjukkan bahawa rakyat di negara kita masih mampu memupuk keharmonian dan bersatu-padu dalam mendepani sesuatu musibah. Tahniah, rakyat Malaysia.

Sumber: FB Ahmad Safiuddin 

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi