Siakap Keli
Gambar Hiasan

Elak Dirakam Penjenayah, Ini Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Semua pasti tahu bahawa kamera merupakan sebuah alat yang digunakan untuk merakam imej pegun dan detik-detik indah yang dapat diabadikan sebagaikan kenangan. Sesuai dengan peredaran waktu, terdapat banyak rekaan kamera yang mempunyai pelbagai fungsi.

Penggunaan kamera ini tidak terhad untuk merakam momen sahaja, ia turut digunakan berbagai aspek terutamanya dalam bidang keselamatan. Pada kebiasaannya, pihak berkuasa akan menggunakan kamera litar tertutup untuk mencegah dan membenteras jenayah.

Ia merupakan sistem pengawasan yang diaplikasikan untuk tujuan pemantauan, perekodan, transmisi mahupun pengawalan sesbuah kawasan. Tetapi kini, jelas dapat dilihat bahawa kemudahan ini telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab demi kepentingan mereka.

Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga, memastikan keselamatan diri dan keluarga dari menjadi mangsa seterusnya. Ini adalah cara-cara mudah untuk mengesan kamera tersembunyi yang diletakkan di rumah mahupun kawasan (bangunan) yang anda kunjungi.

[1] Gunakan Teknik Asas

Saiz kamera yang kecil ini memudahkan penjenayah untuk menyembunyikannya di mana-mana. Justeru, ketika sampai ke sesebuah tempat atau bilik hotel terutamanya, sila periksa tempat-tempat ini:

  1. Pengesan asap (smoke detector)
  2. Plug elektrik
  3. Jalur kuasa
  4. Lampu
  5. Buku, bekas DVD, atau bekas permainan video
  6. Rak
  7. Komputer riba
  8. tetikus komputer
  9. Lubang-lubang kecil di dinding
  10. Gambar atau hiasan lain
  11. Patung-patung yang ada di dalam tempat berkenaan
Gambar : Wikihow

[2] Tutup Lampu

Kebanyakan kamera mempunyai lampu merah atau hijau yang berkelip. Jadi, anda akan dapat melihat cahaya tersebut jika matikan suis lampu di ruangan terbabit. Suasana yang gelap akan memudahkan anda untuk mencari cahaya yang berkedit jika terdapat kemara yang diletakkan di situ.

Gambar Hiasan

[3] Gunakan Kamera Telefon Bimbit

Mungkin ramai yang tidak tahu, telefon bimbit sememangnya mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan. Bukan setakat boleh selfie, kamera hadapan tu sebenarnya boleh digunakan untuk mengesan  cahaya infra merah di sekitar kawasan itu. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengacukan alat kawalan jauh televisyen (remote) ke arah kamera hadapan.

Sekiranya kamera anda mampu mengesan cahaya dari alat kawalan televisyen tadi, maknya telefon bimbit anda tu boleh dugunakan untuk ‘mencari’ sebarang cahaya infra merah yang berada di dalam ruangan berkenaan. Anda pusingkan kamera telefon anda tu di sekitar kawasan bilik untuk memastikan keberadaan kamera tersembunyi.

Gambar Hiasan

[4] Perhatikan Kedudukan Cermin Di Kawasan Sekitar

Acapkali di dengar mengenai kes cermin dua hala. Selalunya cermin jenis ini akan diletakkan di bilik hotel, tandas awam mahupun di bilik persalinan. Ia merupakan kaca dua hala yang kelihatan seperti cermin biasa namun pada hakikatnya ia memantulkan imej yang bertentangan.

Ini bermakna, seseorang dapat melihat imej anda melalui kaca dua hala berkenaan dan tidak mustahil merakam segala perbuatan anda semasa berada di dalam ruangan itu.

Gambar Hiasan

Sumber : Wiki How

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.