Siakap Keli
Gambar: The Irish Times & Karina Nooka

Giliran Penyimpan ‘Storage’ Gergasi, Western Digital Gantung Urus Niaga Dengan Huawei

Setelah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangannya pada bulan lepas, beberapa syarikat terkemuka telah menamatkan perniagaan dengan syarikat pengeluaran Huawei tersebut. Terbaru, syarikat pengeluar peranti simpanan, Western Digital pula menghentikan semua penghantaran ke syarikat China tersebut. Tindakan ini diambil berikutan sekatan perdangangan Amerika Syarikat terhadap syarikat tersebut.

Syarikat Western Digital sebelum ini telah mengumumkan perjanjian kerjasama strategik dengan Huawei pada bulan April. Perjanjian tersebut dibuat bagi mengukuhkan kerjasama kedua-dua syarikat dalam bidang seperti cakera keras dan teknologi storan flash tanpa volatil. Western Digital yang berpangkalan di California merupakan pengeluar cip memori flash terbesar di dunia di belakang Samsung Electronics dari Korea Selatan dan Memori Toshiba dari Jepun.

Menurut Steve Miligan, Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital, sekatan perdagangan ini menjejaskan pendapatan syarikat itu kerana Huawei dianggap sebagai ‘pelanggan bermakna’.

Walaupun Huawei menyumbang kurang daripada 10% daripada pendapatan syarikat itu, ia adalah “pelanggan bermakna

Berikutan itu, pembekal bagi cip memori kepada Huawei hanyalah Toshiba, Samsung atau SK Hynix iaitu seorang pembuat cip Korea Selatan. Pelbagai peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, peralatan rangkaian dan kereta memerlukan cip memori untuk melancarkan fungsinya. Ini membuktikan bahawa cip memori merupakan komponen terpenting di dalam pelbagai perantik elektronik.

Tambah Miligan, syarikat Western Digital tidak terlibat dalam sebarang pemindahan teknologi dengan syarikat-syarikat China dan tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Milligan telah bertemu dengan anggota pentadbiran Trump termasuk Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross dan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin, untuk menjelaskan kesan Huawei pada Western Digital dan teknologi industri yang lebih luas.

Sumber: Asian Nikkei

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa