Siakap Keli
Gambar: sinar harian, Media Hiburan

“Hindarkannya Dari Siksa Kubur Ya Allah,” Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Pemergian adik kepada pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki yang baru sahaja pulang ke rahmatullah jam 5.14 petang tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara telah mengejutkan netizen-netizen di sosial media serta peminatnya.

Ini kerana, dalam video yang dimuat naiknya semalam berkenaan kawasan kemalangan dimana arwah adiknya itu terlibat menjadi tular selepas pelakon Bikers Kental itu memohon orang ramai untuk tampil memberikan maklumat berkenaan dengan kemalangan yang melibatkan adiknya di hadapan sebuah stesen minyak di Damansara.

Akibat daripada kemalangan tersebut, adik kepada pengarah, pelakon serta pelawak terkenal itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala dan berada di dalam keadaan yang kritikal.

Beliau juga turut meminta orang ramai supaya mendoakan kesihatan adik kesayangannya itu supaya dapat sembuh daripada kecederaan yang dialaminya.

Namun begitu, keesokan harinya (hari ini), beliau memuat naik satu gambar serta menyatakan bahawa adiknya itu telah kembali ke rahmatullah menerusi akaun Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada 12 jun 2019, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara kerana kecerderaan di kepala di sebabkan oleh kemalangan bermotosikal. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Dalam gambar yang dimuat naiknya itu, pelbagai reaksi serta ucapan takziah telah dizahirkan oleh netizen serta sahabat handai beliau.

Beliau juga turut menyeru kepada sesiapa yang mengenali adiknya itu supaya menghalalkan makan dan minum serta mengampunkan segala kesilapan adiknya.

“Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep,” tulis Afdlin.

Sumber: IG Afdlin Shauki

Aqmal Ezany

I write what is right