Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Sesekali Bezakan Anak-Anak, Ada Yang Berdendam Sampai Ibu Bapa Meninggal, Baca Kisah Ini

Anak ibarat sebuah kanvas putih yang bebas dari sebarang corak, warna apatah lagi noda. Hati kecilnya masih suci dan ibu bapalah yang menjadi pelukis untuk melakar lukisan membentuk masa depan mereka. Anak merupakan amanah dari Allah, ia perlu dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya.

Anak adalah rezeki dan juga ujian kepada ibu bapa, jika baik acuannya maka baiklah juga hasilnya. Disebabkan itulah ibu bapa perlu menerapkan pendidikan dan ajaran yang mampu memberi kebahagian serta kejayaan di dunia dan akhirat kepada anak-anak.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, untuk merealisasikan impian tersebut, setiap ibu bapa haruslah menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik supaya dapat menjadi teladan kepada anak-anak.

Namun sebagai manusia, tentunya kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Pilih kasih, jangan nafikan sekiranya ramai ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak kesayangan. Dalam empat orang anaknya, pasti ada seorang yang paling disayangi kerana beberapa ‘kelebihan’ yang dimiliki oleh si anak. Kaunselor terkenal, Haji Hushim Salleh ada berkongsi mengenai isu ini dalam salah satu ceramah motivasinya.

Menurut beliau, perbuatan membeza-bezakan kasih sayang di antara anak-anak. Ada ibu bapa yang menyayangi anak itu lebih kerana si anak tadi cemerlang dalam akademik, sukan, mempunyai pekerjaan bagus dan sebagainya. Namun ia keterlaluan sehingga menyinggung perasaan anak-anak lain.

Gambar Hiasan

Mungkin ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari perkara ini, namun ia ternyata mampu menjadikan anak yang disisihkan itu berdendam. Lebih mengejutkan bahawa bahawa anak itu tetap menyimpan dendam itu walaupun ayahnya itu telah meninggal dunia.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ibu bapa sepatutnya memberi kasih sayang secara sama rata kepada semua anak-anak. Malah Ibu bapa perlu tahu bahawa setiap anak itu dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. Jika kurang dalam akademik, mungkin dia yang akan ada dan menjaga ibu bapa di masa tua.

Masa depan kita tak boleh jangka, kita tak tahu siapa yang akan ada semasa kita sakit. Jangan sesekali membezakan anak-anak, cuba letakkan kita di tempat anak-anak, suka ke jika diri kita dibanding-bandingkan?

Ini adalah video perkongsian Haji Hushim Salleh mengenai seorang klien yang menceritakan tentang dirinya yang sering dibanding-bandingkan sehingga dia berdendam.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-6AxjefB4gA?start=10]

Sumber : Youtube 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.