Siakap Keli

PDRM Gesa Orang Ramai Beri Maklumat Kes Dera Wanita Tampar, Lempar Bayi

Berikutan rakaman video tular yang memaparkan perlakuan seorang wanita mendera seorang bayi, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kes dera tersebut.

Rakaman video yang berdurasi 1:35 minit itu menunjukkan perlakuan kasar seorang wanita yang dilakukan dalam sebuah bilik. Tindakan wanita tersebut yang turut menampar bayi tersebut telah mengundang reaksi marah dalam kalangan rakyat Malaysia. Wanita tersebut juga bertindak melempar bayi tersebut di atas katil.

Walaupun bayi tersebut kelihatan menangis teresak-esak, wanita tersebut tidak menghiraukannya dan terus memukul bayi kecik tersebut. Oleh itu, pihak PDRM mohon bantuan maklumat dari orang ramai bagi meneruskan siasatan.

DERA BAYI: POLIS MOHON BANTUAN MAKLUMAT DARI ORANG RAMAI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung video kes dera bayi, di bawah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkannya menerusi:

1. Inbox Facebook Rasmi PDRM: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/

2. Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia

3. Whatsapp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930

4. Tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes dera tersebut bolehlah menghubungi pihak polis melalui saluran-saluran yang telah dilampirkan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa