Siakap Keli
Gambar: Air Ambulance Card ,Evening Standard

Penerbangan Tertangguh 7 Jam Gara-Gara Penumpang Tersilap Buka Pintu

Seorang penumpang yang menaiki penerbangan menuju ke Pakistan dari lapangan terbang Manchester telah menyebabkan tertangguhnya penerbangan tersebut gara-gara terbuka pintu kecemasan pesawat yang dinaikinya itu.

Difahamkan, penumpang tersebut ingin pergi ke tandas. Dia mendakwa bahawa, dia hanya tersilap membezakan diantara pintu kecemasan dengan pintu tandas.

Disebabkan Oleh itu, penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Manchester, UK ke Islamabad, Pakistan pada hari Jumaat itu terpaksa ditangguhkan selama tujuh jam.

Susulan daripada itu, seramai empat puluh penumpang terpaksa dikeluarkan daripada pesawat tersebut kerana gelongsor kecemasan terbuka secara automatik hasil daripada tindak balas yang terjadi apabila pintu kecemasan pesawat itu dibuka.

Wakil daripada syarikat penerbangan tersebut memberitahu kepada CNN bahawa penumpang yang membuka pintu kecemasan tersebut menyangkakan bahawa ianya adalah pintu tandas.

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang pesawat tersebut dilaporkan selamat.

Sumber: CNN 

Aqmal Ezany

I write what is right