Siakap Keli
Gambar Hiasan

Seronok Kelazatan Dunia Sehingga Terlupa Cari ‘Kebahagiaan’ Di Lubang Kubur

Sebagai manusia sememangnya kita tahu dunia ini hanyalah perhentian sementara sebelum menuju ke alam yang abadi. Ia ibarat ladang yang perlu disemai dengan segala amalan sebagai persediaan di sana kelak. Di sinilah destinasi yang penuh dugaan yang perlu ditempuh untuk melayakkan diri ke Syurga Firdaus.

Namun dalam mencari keberkatan dan keredhaan Allah, ramai yang alpa masih tertipu dengan keindahan dunia yang belum pasti dan sementara. Terpedaya dan dikaburi dengan kemewahan, terlalu mengejar kesenangan di dunia seolah-olah kita akan kekal di dalamnya (dunia) selama-lamanya.

Biasalah manusia, tiada yang sempurna, terkadang khilaf. Ir Dr. Muhd Fadhil Nurudin menulis hantaran dalam facebooknya mengenai perkara ini, menurutnya:

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup diatas dunia ini?

Imam syafie hidup 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun. Imam Nawawi hidup 43 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun. P.Ramlee hidup 44 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal lebih kurang 45 tahun.

Gambar Hiasan

Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di dalam lubang kubur nanti?

Allah swt ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk beribadat kepadanya. Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria di atas dunia ini.

Hanya satu jalan untuk seseorang itu gembira bila masuk kedalam lubang kubur nanti. Iaitu menuntut ilmu dan beramal dengannya.

Carilah bekalan selagi mana kita hidup di atas dunia ini. Kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati.

Gambar Hiasan

Kita hanya hidup sekali sahaja di atas dunia ini… jangan mudah tertipu dengan kemanisanya yang tidak kekal. Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardu ain sebelum kita mati.

Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar akan terselamat.

Muhasabah diriku.

Sumber : Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.