Siakap Keli

Ternyata Air Panas Lebih Cepat Beku Dari Air Sejuk, Ini Alasannya

Minuman sejuk merupakan minuman pilihan oleh kebanyakan orang untuk melegakan dahaga terutamanya ketika letih dan dalam keadaan panas. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, permintaan terhadap minuman sejuk pastinya akan meningkat.

Kebiasaannya, minuman yang dibancuh sendiri akan dimasukkan ketulan ais bagi menyejukkan minuman tersebut. Namun, tahukah anda bahawa air panas yang digunakan lebih cepat membeku menjadi ais berbanding air sejuk?

Gambar: Sciencing

Agak memeranjatkan, ramai yang sedia tahu air panas memerlukan masa yang lebih lama untuk sejuk. Tetapi, menerusi kajian yang telah dibuat, ternyata air panas lebih cepat membeku berbanding air sejuk. Fenomena air panas membeku lebih cepat ini dikenali sebagai kesan Mpemba. Teori ini dinamakan sempena pengkaji Erasto Mpemba, seorang pelajar Tanzanian pada tahun 1963 setelah membuat projek aiskrim di sekolahnya.

Menerusi kajian yang dibuat, terdapat beberapa mekanisme yang menyokong fenomena ini.

Antara mekanisme yang dimaksudkan ialah air sejuk yang dingin menyimpan lebih banyak haba daripada bekas panas yang mencairkannya. Selain itu, gas yang terlarut lebih banyak di dalam air sejuk juga sebenarnya melambatkan proses pembekuan ais.

Gambar: Mental Floss

Supercooling juga memainkan peranan penting dalam fenomena ini kerana ais memerlukan tapak nukleasi seperti gelembung udara dalam air untuk membentuk.

Proses penyejatan juga membantu di dalam pembekuan air panas dengan lebih cepat iaitu bekas air panas kehilangan lebih banyak molekul air.

Proses pembekuan air panas ini juga disebabkan oleh arus perolakan yang terdapat dalam air panas. Arus ini terjadi kerana air sejuk tenggelam dan air hangat naik untuk mengambil tempatnya. Oleh yang demikian, air panas tersebut lebih mudah untuk membeku sekiranya diletakkan di dalam tempat sejuk.

Sumber: Science Alert

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa