Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tiada Lagi Aktiviti Menunggang Gajah Di Angkor Wat Menjelang Tahun 2020

Pada zaman moden ini, semakin ramai pelancong tidak lagi berminat dan mahu membayar untuk melihat pertunjukkan haiwan yang dirantai atau diburu sesuka hati demi menjadi ‘hiburan’ kepada pengunjung. Salah satunya yang popular di abad ini adalah isu menunggang gajah.

Isu ini sepatutnya dihentikan dan mengharap sokongan pelancong untuk menghargai kehidupan teraniaya seperti haiwan ini.

Semua orang tahu, peratusan jumlah gajah liar di Kemboja serta negara-negara lain di Asia Tenggara telah merosost ekoran daripada aktiviti pemburuan haram, pemusnahan habitat hutan dan konflik antara binatang dan manusia seperti penggunaan jerat, racun dan sebagainya.

Sekumpulan gajah termasuk 14 ekor tidak perlu lagi bekerja keras di Angkor Wat, Kemboja menjelang 2020. Aktiviti seperti ini sangat popular di Siem Reap dalam kalangan pelancong asing sekitar jumlah 2.5 juta setiap tahun.

Mereka akan dihantarkan ke pusat pemulihan dan pembiakan menjelang awal 2020. Jawatankuasa Kumpulan Gajah Angkor yang mengesahkan hal ini.

Pada beberapa tahun lalu, isu kematian seekor gajah ketika membawa pelancong ke monumen Angkor Wat telah mengundang kemarahan pelancong pada amalan tersebut.

Dua tahun kemudian, petisyen untuk menamatkan tunggangan gajah memperoleh lebih daripada 14,000 tandatangan dalam masa hanya 48 jam selepas haiwan lain meninggal dunia akibat keletihan.

Menurut, Oan Kiry, Pengarah Jawatankuasa Kumpulan Gajah Angkor, pada awal tahun 2020, persatuan mereka merancang untuk menamatkan penggunaan gajah untuk mengangkut pelancong.

Pelancong masih boleh menonton gajah dan mengambil gambar mereka di pusat pemuliharaan dan pembiakan di pusat jagaan. Kami mahukan gajah hidup sebagai cara yang semulajadi. 

Untuk melindungi habitat hutan seperti gajah secara semula jadi, penguatkuasaan undang-undang perlu dikukuhkan untuk menangani pemburuan haram haram dan penggunaan jerat.

Selain itu, menurut jurucakap Kemeterian Alam Sekitar Kemboja, kesedaran dalam kalangan petani tempatan yang melindungi hutan juga perlu dibangkitkan sekerap mereka menggunakan bahan kimia pada tanaman selepas kawasan pertanian mereka dicerobohi atau dirosakkan gajah liar.

Mudah-mudahan perkara seperti ini dapat dicontohi oleh semua masyarakat di seluruh dunia. Semoga kehidupan liar ini dapat dilindungi untuk generasi masa akan datang.

Sumber: Metro.Uk