Siakap Keli
Gambar Facebook Ahmad Safiuddin

“Ainul Betul- Betul Dah Buka Mata”, Ayah Kongsikan Keadaan Anak Hari Ini

Penderitaan yang telah dilalui oleh adik Ainul telah berakhir selepas tumor seberat 200 gram berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor-doktor pakar dan berkat doa orang ramai serta usaha yang dilakukan oleh ahli keluarganya dibayar dengan senyuman.

Bidadari kecil ini menjadi buah hati buat rakyat Malaysiadan menjadi inspirasi untuk semua yang mendoakannya sepanjang pembedahan tigahari lalu.

Terkini, ayah Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi kegembiraan di mana adik Ainul telah membuka mata dengan baik sekali dan akan dipindahkan ke wad biasa semula. Menurutnya lagi, beliau gembira melihat telatah adik Ainul berusaha mengeluarkan tangan daripada selimut.

Hari ini ainul betul-betul buka mata. InshaAllah, hari ini ainul kembali semula ke wad biasanya. Nurse2 yang menjaganya pun dah tak sabar nak tunggu ainul balik wad. 

Kalau kita dapat lihat, tangan ainul di luarkan? 

Ini lah Ainul Mardhiah yang sebenar. 

Dua hari lepas, setelah ainul sedar dari pembedahan, perkara pertama yg dia buat adalah cuba nak keluarkan tangan dia dari balutan tu. Bukan main lagi dia meronta-ronta nak keluarkan tangan.

Hari ni, nurse biar kan je dia keluarkan tangan. Sebab bila dia keluar tangan macam ni, dia senyap. Kalau di balut, memang tak tidur lah dia jawabnya. 

Ainul ni dulu masa di rumah, paling tak suka selimut. Kalau selimutkan dia, esok pagi tengok-tengok selimut dah jatuh bawah kaki. 

Sumber: Ahmad Safiuddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang