Siakap Keli

”Ainul Semakin Baik, Akan Dipindahkan Ke Wad Biasa,” Perkembangan Terkini ‘Buah Hati’ Malaysia

‘Buah hati’ Malaysia yang sering mendapat perhatian dan kasih sayang ramai, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selasa lalu bagi membuang tumor di bahagian mulutnya seberat 200 gram.

Ramai pastinya tidak sabar menantikan perkembangan terkini Ainul. Besar harapan dan doa rakyat Malaysia agar anak syurga itu akan terus sihat dan urusannya dipermudahkan sehingga dia benar-benar sembuh.

Terkini, ayah kepada Ainul Mardiah, Ahmad Safiuddin telah berkongsi luahan yang membuatkan ramai menarik nafas lega mendengar keadaan terkini Ainul. Ikuti perkongsianĀ  Safiuddin seperti di bawah.

Update :

Keadaan ainul semakin baik. Jika esok keadaannya baik atau bertambah baik seperti hari ini, Ainul akan dipindahkan ke Wadnya yang biasa.

Kata nurse yang menjaga ainul di PICU tadi :

“Hari ini saya nampak dia senyum. Kuatnya dia!”

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan syukur atas perkembangan positif tersebut.

”Tak sabar tengok Ainul membesar macam baby lain”

”Bergenang air mata mendengar perkhabaran terbaru Ainul Mardhiah”

”Biar lama pun, janji Ainul sihat”

Sumber : Ahmad Safiuddin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.