Siakap Keli

“Bila Ainul Boleh Balik Malaysia?” Takut Kemungkinan Tumor Tumbuh Balik, Bapa Jawab Pertanyaan Netizen

Ainul Mardhiah, ‘bidadari’ Malaysia yang menjadi perhatian rakyat Malaysia telah selamat menjalani pembedahan pada Selasa lalu dan berjaya membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya.

Melalui beberapa hantaran oleh ayahnya, Ahmad Safiuddin, Ainul dilaporkan telah stabil dan berada dalam keadaan yang baik.

Sebentar tadi, Ahmad Safiuddin menerusi hantaran di laman sosial menjawab beberapa persoalan yang disuarakan oleh rata-rata pengguna media sosial di dalam ruangan komen.

Kebanyakan orang menanyakan tempoh Ainul berada di London dan bilakah Ainul boleh pulang ke Malaysia?

Menjawab persoalan tersebut, Ahmad Safiuddin menyatakan bahawa mereka juga tidak pasti akan tempoh tersebut tetapi mungkin dalam masa sebulan.

Kami tidak pasti. Dengar khabar, mungkin sebulan, mungkin lebih atau mungkin kurang dari sebulan. 

Tambahnya lagi, ketidakpastian mereka mengenai tempoh berada di London adalah kerana pihak yang merawat Ainul ingin memantau perkembangan Ainul dan memastikan ketumbuhan itu tidak berulang.

Mereka mahu pastikan bahawa ketumbuhan itu tidak akan datang semula ( Semoga Allah jauhkan )

Walaupun dia dan isteri berhak untuk meminta membawa pulang Ainul ke Malaysia, tetapi demi kebaikan puterinya itu, mereka memilih untuk menyelesaikan semua perkara penting di London sebelum pulang ke tanah air.

Menjawab persoalan seterusnya iaitu bilakah boleh pulang ke Malaysia, dia menyatakan bahawa Ainul akan pulang setelah semua selesai. Ahmad Safiuddin juga menyatakan bahawa mereka akan membawa Ainul berjumpa dengan rakyat Malaysia yang baik hati dan prihatin terhadap nasib yang menimpa Ainul.

Bila semua di atas telah selesai, kami akan bawa ainul pulang ke tanah air berjumpa dengan tuan puan yang baik hati dengan izinNya.

Dia juga meminta agar rakyat Malaysia terus mendoakan Ainul Mardhiah dan yakin Ainul akan berterima kasih kepada semua orang sekiranya dia mampu bercakap.

Sumber: Ahmad Safiuddin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa