Siakap Keli
Gambar: Yahoo News, PicDove, The Star, Sportskeeda

“Dunia Badminton Bakal Merindui Kamu,” Barisan Jaguh Badminton Dunia Ucap Tahniah Buat Lee Chong Wei

Kuala Lumpur, Jun 13 (Bernama) — “Memasuki gelanggang berseorangan, tiada siapa lagi menemaniku,” pemain badminton tersohor China, Lin Dan meluahkan rasa sedih menerusi status terbarunya yang dimuat naik hari ini di sosial media Weibo berikutan pengumuman persaraan yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei.

Beliau turut mengongsikan sebuah lagu yang bertajuk, ‘My friend, dont’t cry’, dalam status menerusi akaun sosial media China yang bernama Weibo. Chong Wei merupakan salah seorang saingannya yang terhebat di pentas Badminton.

Selain Lin Dan, bekas pemain badminton kebangsaan Denmark Peter Gade, yang juga merupakan bekas pemain nombor satu dunia pada tahun 2006, juga turut menzahirkan kesedihan serta ucapan semoga berjaya ke atas Chong Wei atas segala memori yang pernah dikongsi bersama ketika bersaing dalam arena sukan badminton.

“Kehadapan Lee Chong Wei. Dunia badminton pasti akan rindukan kamu! Terima kasih atas setiap detik yang pernah kita kongsi bersama selama bertahun-tahun. Saya ucapkan selamat berjaya di tahun-tahun yang akan datang bersama keluarga serta sahabat anda,” Katanya dalam sebuah status yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya.

Selain itu, Viktor Axelsen, yang juga merupakan pemain badminton perseorangan nombor enam dunia, turut mengucapkan selamat berjaya kepada bekas pemain nombor satu dunia itu.

Turut tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan ke atas persaraan Chong Wei ialah, jurulatih badminton negara iaitu Hendrawan. Beliau telah memuat naik satu gambar bersama ucapan terima kasih di akaun Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Tugas saya sudah selesai untuk membantu Lee Chong Wei Izinkanlah saya mengucapkan terima kasih kepada pihak2 yang membantu kami selama ini: –. Kementerian Belia dan Sukan –. Majelis Sukan Negara –. Institut Sukan Negara & all support service staff –. Badminton Association of Malaysia –. President BAM Dato Seri Norza Zakaria & all Exco Member, Staff, Coaches, Players –. Dato Wira Lee Chong Wei sendiri,terima kasih telah memberi kesempatan kepada saya untuk ikut membantu –. Datin Wong Mew Choo,sebagai istri terima kasih selama ini ikut membantu saya discussion kalau menghadapi suatu masalah –. Dato Haji Misbun Sidek sebagai Chief Coach Men's Singles,terima kasih telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk membantu Lee Chong Wei –. Dato Tey Siu Bock,terima kasih karena ikut membantu Lee Chong Wei bersama sama dalam hal suka/duka,susah/senang –. Coach Indra Widjaja & Coach Sairul Amar Ayob terima kasih ikut membantu bersama sama –. Ng Ban Huat,terima kasih telah mengurus segala hal keperluan kita bersama –. My Family,my wife Silvia Anggraeni,my daughter Josephine Sevilla,my son Alexander Thomas, terima kasih karena mendukung & menemani papi disini

A post shared by Hendrawan (@hendrawanbadminton) on

Sejak pengumuman persaraan yang dibuat oleh Chong Wei menjadi rasmi pada hari ini, nama Chong Wei telah menjadi ‘trending’ di Twitter dengan kira-kira 10,000 tweet berkenaan nama pemain badminton tersohor tanah air itu disebut sejak dari pukul  7 petang tadi.

Seorang pengguna Twitter @marxhyyy menyatakan: “You are everyone’s favourite. Thank you, Datuk LCW. Happy Retirement.”

Rakyat Malaysia juga turut melimpahi ruangan komen akaun Instagram rasmi milik Chong Wei dengan ulasan yang positif dalam gambar yang dimuat naiknya baru-baru ini.

Sosial media dalam kalangan rakyat Malaysia juga turut dibanjiri dengan mesej-mesej yang berbentuk kesedihan atas pengumuman yang dibuat oleh Chong Wei berkenaan dengan keputusan untuk menggantung raketnya dari arena badminton selepas 19 tahun bermain untuk negara di peringkat antarabangsa.

Chong Wei, 36, telah mengumumkan persaraannya dalam satu sidang media yang bertempat di pejabat Kementerian Belia dan Sukan sambil di dampingi oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right