Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh, Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

Baru-baru ini tular kes penyakit Pneumonia yang merebak di kawasan penempatan Orang Asli di Kuala Koh dan menyebabkan beberapa penduduk di situ meninggal dunia. Apa yang boleh dikatakan, penyakit ini adalah satu jangkitan kuman pada tisu paru-paru yang mudah dijangkiti oleh kanak-kanak dan warga emas.

Umum mengetahui, ianya adalah jangkitan kuman dan virus, tetapi kadang-kadang boleh disebabkan kulat dan parasit. Kebanyakkan masyarakat menganggap ia penyakit biasa seprti batuk dan selesema yangboleh dirawat dengan ubat batuk dan paacetamol yang dibeli di farmasi.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Individu yang terdedah kepada hidupan liar berisiko dijangkiti dengan penyakit Pneumonia yang dibawa oleh haiwan liar. Golongan ini termasuk:

  • pemburu
  • orang asli
  • orang yang tinggal berdekatan dengan hutan
  • orang yang memelihara haiwan liar
  • orang yang mengendali haiwan liar termasuk kakitangan PERHILITAN dan
  • orang yang memakan daging/organ haiwan liar

Tanda dan gejala Pneumonia

  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Mengigil
  • Rasa penat yang melampau
  • Loya
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.

Komplikasi Pneumonia

Bakteria dalam darah (bacteremia)

Bakteria yang menyebabkan jangkitan pada paru-paru boleh masuk ke dalam darah dan merebak ke organ-organ lain dalam badan serta berpotensi menyebabkan kegagalan organ.

Kesukaran untuk bernafas

Jika pneumonia sangat teruk dan pesakit menghidap penyakit kronik, pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas. Kadangkala, pesakit tersebut perlu ditahan di hospital dan menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) untuk membantu paru-paru sembuh.

Paru-paru berair (pleural efussion)

Pneumonia boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam ruang nipis antara lapisan yang melitupi paru-paru dan rongga dada. Ruang tersebut disebut sebagai pleura. Keadaan ini membuatkan paru-paru gagal mengembang dan mengempis dengan baik. Jika cecair tersebut dijangkiti kuman, tiub khas mungkin diletakkan di dada untuk mengeluarkan cecair tersebut.

Paru-paru bernanah (lung abscess)

Nanah terbentuk di dalam rongga paru-paru. Kebiasaannya, antibiotik digunakan sebagai rawatan. Kadangkala, pembedahan mungkin menjadi pilihan atau membuang nanah tersebut menggunakan jarum atau tiub.

Gambarajah ini menunjukkan dua jenis tisu yang berbeza. Satunya adalah tisu paru-paru normal manakala, gambar rajah kedua adalah tisu paru-pau Pneumonia.

Selain daripada itu, warga emas berusia 60 tahun ke atas mudah diserang pneumonia kerana kebanyakan mereka mempunyai masalah berkaitan paru-paru ditambah pula dengan beberapa penyakit lain seperti diabetes dan buah pinggang.

Bagi kanak-kanak, risiko untuk dijangkiti itu lebih tinggi. Jadi, sebagai ibu bapa anda dinasihatkan untuk menvaksinkan anak-anak.

Bagaimana pesakit Pneumonia didiagnosis?

Pneumonia biasanya disalah anggap sebagai selesema. Bagaimanapun, anda perlu beri perhatian yang lebih kerana pneumonia biasanya bertahan lebih lama dan simptom-simptomnya lebih teruk berbanding penyakit lain.

Sekiranya perlu, doktor anda  akan menjalankan beberapa ujian biasa sebelum membuat sebarang diagnosis:

  • Ujian fizikal;
  • X-ray bahagian dada;
  • Saringan CT (CT-scan);
  • Ujian kahak, yang akan menguji kahak (mucus yang keluar dari batuk anda);
  • Bronkoskopi, yang digunakan bagi melihat salur udara di dalam paru-paru.

Apakah gaya hidup yang dapat menangani Pneumonia?

  • Dapatkan rehat secukupnya.
  • Minum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi.
  • Biarkan diri anda batuk kerana ia adalah cara terbaik bagi badan anda menyingkirkan jangkitan. Sekiranya batuk membuat anda sukar tidur pada waktu malam, sukar bernafas, atau menyebabkan muntah, anda perlu mengambil ubatan untuk menghentikan batuk.
  • Ambil acetaminophen (Tylenol) atau aspirin, ianya membantu merendahkan demam panas anda dan menjadikan anda lebih selesa.

Sumber: Hello Doktor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang