Siakap Keli
Gambar : Info Roadblock Polis/JPJ

Polis Siasat Lelaki Memakai Uniform Tentera Beraksi Lucah

Minggu ini, kita dikejutkan dengan tersebarnya beberapa klip video yang dikaitkan dengan beberapa individu berpengaruh di negara ini. Namun isu tersebut menjadi hangat apabila salah satu video berkenaan memaparkan adegan tidak yang tidak sepatutnya.

Lantaran itu, seorang lelaki telah mengaku bahawa beliaulah individu yang berada dalam rakaman terbabit. Berikutan pengakuan berkenaan, beliau kini telah digantung tugasnya. Sementara masyarakat dialih perhatiannya kepada kes itu, sebenarnya ada sebuah lagi video yang turut tular.

Video yang tular malam tadi menyaksikan perlakuan lucah seorang lelaki yang didakwa sebagai seorang tentera. Justeru, pihak Info Roadblock Polis/JPJ telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penularan video itu. Menurut mereka:

Video berdurasi 4.07 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai celoreng tentera menanggalkan uniformnya sambil melakukan aksi lucah yang melampau.

Lelaki terbabit juga dilihat menunjukkan kemaluan dan duburnya sambil beraksi menggairahkan.

Berikutan tularnya video itu seorang bekas anggota tentera Noorhasni Saad 52, dari Permatang Binjai Kepala Batas bertindak membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) tengahari tadi.

Menurut Noorhasni beliau menerima video tersebut melalui aplikasi wassapnya dan meminta siasatan segera dilakukan bagi menjaga imej pasukan terbabit.

Katanya,amat menyedihkan apabila perbuatan menjijikkan itu dilakukan berlatar belakangkan sepotong ayat Al-Quran dengan menanggalkan pakaian celorengnya sehelai demi sehelai hingga berbogel.

Sementara itu Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan laporan polis tersebut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui siapakah lelaki terbabit dan bagaimana video berkenaan boleh tular.

Tambahnya,siasatan akan diteliti daripada pelbagai sudut sebelum kes tersebut dapat dikelasifikasikan di bawah mana mana seksyen.

Sumber : Info Roadblock Polis/JPJ

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.