Siakap Keli
Gambar : Orang Perak

Ramai Tak Tahu Ibrahim Pendek Pelakon Malaysia Pertama Bintangi Filem Hollywood, Ini Buktinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Sarjen, siapkan orang kita, kita pegi rompak rumah Kassim Baba” 

“Sori chip!! hari ini hari sabtu, setengah hari, esok hari minggu, holiday. Kalau chip nak rompak, hari senin boleh laaa.”

Mungkin ada di antara anda yang masih mengingati bait dialog ini dari filem Ali Baba Bujang Lapok karya seniman lagneda, P. Ramlee. Kisah yang menceritakan kepintaran seorang lelaki memperdaya sekumpulan perompak ini ternyata menjadi salah satu filem popular yang masih ditonton sehingga kini.

Gambar Hiasan

Semua pasti tahu bahawa semua filem yang dihasilkan oleh P. Ramlee mempunyai sindiran sinis yang penuh pengajaran kepada masyarat. Setiap dialog terkadang diucap secara spontan namun masih menerapkan untuk didikan secara tersirat. Dan disebabkan itulah kebanyakkan filem-filem P. Ramlee masih releven untuk ditonton sehingga kini.

Ketika menonton cerita Ali Baba Bujang Lapok, pastinya anda akan terpukau menyaksikan lakonan bersahaja watak Sarjen yang dilakonkan oleh Ibrahim Pendek. Setiap aksi dan dialognya begitu mencuit hati sehingga membuat kita tertawa sendiri sewaktu melihat gelagatnya.

Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya adalah Ibrahim bin Hassan dilahirkan di bandar Taiping, Perak pada tahun 1932.

Beliau adalah seorang seniman filem Melayu terkenal dengan lakonan mantap beliau yang bersahaja dan beliau juga adalah insan istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil dengan ketinggian hanya 130 cm sahaja.

Antara filem-filem terkenal lakonan beliau yang diminati sehingga ke hari ini ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi, Keluarga Si Comat dan banyak lagi.

Beliau memulakan karier seninya sejak tahun 1950 lagi dengan meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1953 untuk ke Singapura dengan berhajat untuk merantau mencari rezeki.

Pada ketika itu, tidak terlintas lansung difikirannya untuk menjadi seorang pelakon. Rezeki untuk menapak dalam bidang perfileman datang kepadanya apabila diterima bekerja sebagai operator projektor di Studio Jalan Ampas.

Gambar : Orang Perak

Semasa berkelah, beliau telah bertemu dengan Run Run Shaw iaitu pemilik syarikat dimana tempat Ibrahim bekerja dan menawarkannya bekerja sebagai budak pejabat.

Sewaktu bekerja di situ, beliau tinggal serumah dengan seniman S. Sudarmaji dan sejak ketika itulah beliau mendapat peluang berlakon dalam beberapa buah filem sebagai pelakon tambahan. Ianya berterusan sehingga Ibrahim Pendek mendapat peluang lebih besar dalam filem Panggilan Pulau dengan memegang watak sebagai Ramli bersama seniman agung negara P. Ramlee, S. Kadarisman dan Normadiah pada tahun 1954.

Selepas itu, kerjaya lakonan beliau makin terus berkembang dan oleh kerana amat sesuai dengan perwatakan beliau yang kelakar, beliau diberi peluang berlakon di dalam beberapa buah filem lain iaitu antaranya seperti Anakku Sazali, Kipas Hikmat, Pusaka Pontianak, Siti Muslihat dan ada juga dibawah arahan P. Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu-Labi.

Gambar : Orang Perak

Hendak dijadikan cerita, sewaktu berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood telah datang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas dan amat tertarik dengan lakonan Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood yang bertajuk The Spiral Road pada tahun 1962.

Gambar : Orang Perak

Bermulalah detik-detik indah, Ibrahim Pendek telah mengharumkan negara dengan mencatat sejarah agung dalam perfileman Melayu.

Beliau adalah pelakon Melayu pertama yang pernah berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road tersebut.

Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

Gambar Hiasan

Antara filem popular yang dilakonkan oleh beliau adalah Panggilan Pulau (1954), Anakku Sazali (1956), Taufan (1958), Pendekar Bujang Lapok (1959), Lela Manja  (1960),  Ali Baba Bujang Lapok  (1961), Indera Bangsawan  (1961), The Spiral Road  (1962),  Siti Muslihat (1962), Batu Durhaka (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Gambar : Orang Perak

Selepas lama menyepi dari dunia lakonan, beliau banyak menghabiskan masa dengan menjual makanan di sekitar tempat tinggalnya di Cheras, Kuala Lumpur.

Walaupun masih banyak peluang dan tawaran berlakon diberi, tetapi Ibrahim Pendek terpaksa menolak kerana hal kesihatan yang tidak mengizinkan dan beliau bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, beliau sempat menghabiskan sebuah “telemovie” (VCD) dan ia juga merupakan lakonan terakhir beliau bertajuk Selamat Hari Jadi Abah.

Gambar : Orang Perak

Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 71 tahun pada 25 November 2003 ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri selepas menjalani pembedahan di bahagian perut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, beliau telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu akibat penyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas. Jenazah Ibrahim Pendek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber : Orang Perak 

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Editor: Azmil

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di