Siakap Keli
Gambar Hiasan

14 Perkara Korang Perlu Semak Lepas Terima ‘Offer Letter’ Kerja

Kebiasaannya, prosedur untuk memohon kerja adalah sama untuk mana-mana syarikat sekalipun. Sama ada baru mohon atau sudah lama bekerja, yang paling penting adalah suarat tawaran kerja. Surat tawaran ini adalah satu dokumen penting seperti jawatan, jumlah cuti tahunan dan info-info lain yang dirasakan perlu.

Selalunya pemberitahuan keputusan temuduga akan disampaikan secara lisan mahupun email, whatsapp atau segala medium yang lain. Walau anda gembira kerana ditawarkan kerja, namun pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan surat turut agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Penyampaian ini dianggap tidak rasmi sehingga calon mendapat surat tawaran kerja yang lengkap oleh syarikat tersebut.

Tapi, pernahkah anda terfikir untuk apakah elemen penting yang perlu ada dalam surat tawaran kerja tersebut? Jangan risau hari ini SK berbesar hati untuk berkongsi tentang isu surat tawaran kerja. Ini ada beberapa tips daripada pakar dalam bidang HR, Muhammad Fahmy berkongsi untuk anda semua semak setelah dapat surat tawaran tersebut.

1. Bila nak kena minta surat tawaran kerja?

Surat tawaran kerja haruslah diterima sebelum melaporkan diri di tempat kerja baru. Maksudnya, walaupun anda telah diberitahu tentang tarikh untuk masuk ke tempat kerja baru tetapi selagi surat tawaran kerja belum diterima, anda ada hak untuk memintanya sebelum masuk ke syarikat tersebut.

Peringatan anda, surat tawaran kerja yang rasmi haruslah diterima sebelum atau pada hari pertama lapor diri.

2. Jika company belum bagi, apa tindakan anda? 

Haa kalau bakal majikan tak bagi atau tidak menjanjikan apa-apa surat tawaran kerja, anda berhak untuk tidak melaporkan diri. Jadi, sekiranya anda ingin meminta surat tawaran kerja itu adaalh hak anda dan berhak untuk mengesa pihak syarikat untuk menyediakan surat tersebut dengan secepat mungkin.

Sekali lagi, jika mereka tidak dapat menyediakan surat tersebut, anda boleh melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja.

3. Apa info penting yang anda perlu tahu dalam surat tawaran kerja? 

Mungkin ramai yang tidak ambil tahu tentang surat tawaran tersebut. Apa yang penting, sama ada boleh dipercayai atau tidak adalah dengan semak dahulu senarai info-info penting seperti ini:

4. Kenapa surat tawaran kerja penting?

Surat tawaran kerja sangat penting bagi seseorang yang bekerja di sesebuah syarikat kerana ia merupakan bukti bertulis rasmi daripada pihak majikan. Selain itu, surat tawaran kerja juga penting bagi menjamin pekerja itu untuk mendapat perlindungan oleh pihak majikan atau kerajaan.

Sumber: Maukerja

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang