Siakap Keli

Adik Ainul Mardhiah Buat Seluruh Negara Bersatu Hati Tak Kira Bangsa Dan Agama

Kekuatan bidadari kecil ini memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatannya sentiasa sihat. Ramai warganet menzahirkan rasa syukur dengan perkembangan kesihatan Adik Ainul berunsur pulih.

Umum mengetahui, dengan berkat doa dan pertolongan orang ramai, Adik Ainul telah selamat dibedah dan tumor seberat 200 gram dimulutnya telah berjaya dibuang.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen di laman Facebook SK dengan mengucapkan rasa syukur atas perkembangan positif ini.

“Mengalir air mata, ya Allah berikan kesembuhan dan kegembiraan untuk Adik Ainul”

“Macam tak percaya adik Ainul dah buka mata, muka dah berisi”

“Doa rakyat Malaysia khas untuk baby Ainul, Tak pernah tak mengikuti perkembangan kamu”

“Dia sangat kuat semangat, tak nampak dia sedih pun”

“Takpernah ada perasaan seperti ini, Syukur ya Allah”

“Harap baby Ainul sembuh sepenuhnya dan bebas daripada penyakit itu, sebak rasanya”

 

 

 

 

 

 

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang