Siakap Keli

“Hutang Tak Bayar Tapi Sibuk Tayang Mini Cooper” Lelaki Kongsi Kekesalan Ditipu Kawan Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerana duit, hubungan antara rakan-rakan hatta ahli keluarga boleh terjejas. Disebabkan itulah, kita disarankan untuk mencatat segala hutang yang diberi dan diterima.

Orang yang memberi hutang pun kadangkala mempunyai masalah kewangan sendiri. Tapi disebabkan kasihan, diberi juga pinjaman kepada kawan walau diri sendiri terpaksa berkira-kira untuk makan.

Seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya apabila rakannya sendiri tidak membayar hutang RM 600 sejak 2017, namun boleh memakai kereta mewah.

Merayu dan janji akan bayar balik minggu hadapan, tapi…

Aku ni pun susah senang sendiri, fahamlah keadaan aku.

“6 bulan selepas bagi pinjam, aku mesej dia setiap bulan selepas gaji. Tapi dia tak balas mesej aku. Aku naik angin tengok dia pos gambar kereta mewah, aku pun pakai kereta biasa saja”

Rupanya ramai yang dah terkena

Dia juga telah berkongsi maklumat beberapa orang yang telah tertipu dengan individu tersebut.

Pengajarannya, segerakanlah berusaha untuk membayar setiap sen hutang anda. Janganlah kerana hutang kita, orang lain yang menderita.

Jauhi berhutang semata-mata untuk nampak mewah, bak pepatah biar papa asal bergaya. Takut nanti bila tindakan undang-undang diambil sebab tak bayar hutang, betul-betul papa jadinya.

Sumber: Anak Cik Nan

Amira

Love yourself.