Siakap Keli
Gambar: Greenpeace USA

Kanada Tidak Mahu Terima Kembali Sisa Plastik Yang Dihantar Ke Malaysia

Kanada tidak mahu untuk terima sisa buangan plastik yang telah dihantar ke Malaysia, kata wakil kementerian Alam Sekitar Kanada pada khamis (13 Jun).

Pada penghujung bulan Mei, kerajaan Malaysia telah menegaskan bahawa sisa buangan plastik sebanyak 3,000 tan akan dihantar kembali ke 14 buah negara asalnya yang terdiri daripada Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan British.

Dalam satu kenyataan yang di emel kepada Reuters oleh wakil daripada Kementerian Alam Sekitar Kanada iaitu Gabrielle Lamontagne: “Kerajaan Kanada tidak merancang untuk menerima kembali sisa plastik yang telah dihantar ke Malaysia.”

Tambahnya lagi, Kanada tidak menerima apa-apa informasi tentang penghantaran semula sisa buangan plastik yang dibuat dari Kanada ke Malaysia, serta turut menyatakan bahawa kerajaan Kanada telah menghubungi kerajaan Malaysia berkenaan dengan hal itu.

Setakat ini belum ada apa-apa pengiraan lagi yang dibuat berkenaan dengan berapa banyak sisa plastik yang berasal daripada Kanada dapat dijelaskan.

Isu sisa buangan asing yang timbul di kalangan negara Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai pertikaian diplomasi sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, Filipina telah menghantar kembali ahli diplomat mereka ke Kanada pada Mei lalu atas urusan menggesa kerajaan itu untuk menunaikan janji mereka bagi mengambil semula sisa buangan negara itu yang telah melebihi had masa ditetapkan seperti yang telah dijanjikan.

Kerajaan Kanada telah memeterai sebuah perjanjian yang dilakukan pada bulan lepas bersama Kerajaan Filipina untuk mengambil semula sisa buangan dimana dalam perjanjian tersebut sisa buangan itu dijangka akan diterima semula oleh Kanada pada penghujung bulan Jun.

Sumber: Reuters

Aqmal Ezany

I write what is right