Siakap Keli
Gambar: The List, Orchard Corset

Ketahui Bahaya Pakai Bengkung Terhadap Badan Korang, Doktor Ini Jelaskan Kesannya

Kata orang, hendak mendapatkan tubuh badan yang cantik bak ‘supermodel’ itu merupakan sesuatu yang susah serta memerlukan banyak pengorbanan yang meliputi masa, fizikal serta mental.

Namun, lambakan produk-produk kurus serta alatan untuk menampakkan tubuh yang langsing telah membuat ramai diantara kita terjerat hasil daripada produk serta testimoni-testimoni yang kebanyakkannya palsu.

Hendak mendapatkan bentuk badan ini seelok-eloknya bukanlah dengan menggunakan serta mempercayai sesuatu produk. Malah produk-produk ini hanya akan menjejaskan kesihatan anda sahaja.

Pada hari ini, kita dapat melihat bahawa ramai orang terutamanya wanita menggunakan corset ataupun bengkung untuk menyorokkan perut serta menampakkan kelangsingan badan.

Namun, tahukah anda bahawa bengkung ini sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan si pemakainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Aush Abdul tentang kesan-kesan pemakaian bengkung yang boleh menjejaskan kesihatan si pemakainya:

1. Radang kulit Kau bayangkan, ikat corset ketat-ketat lepastu seharian pakai corset dalam jangka masa lama, dengan material yang belum tentu selesa dengan kulit yang boleh membuatkan gatal2. Silap haribulan jangkitan pada kulit pun boleh kena.

Gambar: Twitter Aush Abdul

 

2. Acid Reflux Pemakaian corset menyebabkan anda menekan bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut anda ke atas dan peluang untuk anda mengalami pedih ulu hati dan tidak penghadaman adalah tinggi. Bayangkan lama2 nanti boleh kena ulser.

Gambar: Twitter Aush Abdul

 

3. Pernafasan Bila pakai corset, nak bernafas pun payah. Bayangkan diaphragm (anak panah hijau) susah nak mengembang. Jadinya kurang oksigen masuk dalam badan korang.

Gambar: Twitter Aush Abdul

 

4 . Lebam Lebam (bruises) boleh jadi disebabkan oleh trauma. Saluran darah yang halus2 (capillaries) pecah menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit.Trauma ni macam2.. dalam kes ni, kalau pakai corset ketat2 maka chances berlakunya contusion adalah tinggi.

Gambar: Twitter Aush Abdul

 

5. Kebas (Numbness) Bila tekanan berlaku, bukan sahaja peredaraan darah terganggu, malah saraf juga boleh terganggu. Korang akan rasa macam tercucuk-cucuk atau kebas dekat kawasan dari pinggang ke kaki (lower limb)

Gambar: Twitter Aush Abdul

 

6. Psychology Of course kalau korang dah biasa pakai corset, secara luaran korang akan nampak cantik. Tapi korang akan rasa stress bila dah bukak bengkung segala benda, dan tak boleh nak terima keadaan asal badan korang. Lepastu mula lah depression dan telan 16 biji pil kurus.

Gambar: Twitter Aush Abdul

Sumber: Twitter Aush Abdul

Aqmal Ezany

I write what is right