Siakap Keli
Gambar Hiasan

Betul Ke Tak Logik Fresh Graduate Dengan 2 Tahun Pengalaman Bekerja? Baca Dulu Sebelum Merungut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak cerita mengenai graduan baru sukar untuk mendapatkan pekerjaan dengan alasan klishe sesebuah syarikat adalah mereka perlukan pengalaman kurang dari dua tahun. Ini menyebabkan para graduan terpaksa duduk di rumah berbulan-bulan sambil mencari kerja.

Perkara ini biasa terjadi oleh kebanyakkan orang iaitu apa yang kita belajar tak sama apa yang akan kita kerja dan mungkin lari pada bidang asal, itu perkara biasa. Tak semestinya apa yang kita ingini itu yang kita dapat. Cuma sebagai graduan baru kita kena belajar strategi untuk dapatkan pekerjaan sejurus keluar dari universiti.

Apa yang dikongsikan oleh  Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan Sharif yang memang terkenal dengan tips tentang dunia pekerjaan di laman Twitternya telah membangkitkan isu berkaitan strategi untuk graduan baru dapatkan kerja dengan mudah.

Menurut penceritaannya di Twitternya mengenai anaknya yang bekerja sambil belajar. Dan mengumpul pengalaman kerja dan memperolehi pekerjaan dengan mudah.

Gambar: Twitter Norizan Sharif

Pokok perbincangan ini menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang lain. Rata-rata pengguna persetuju dan menyokong hujah beliau kerana dalam hal ini ‘fresh graduate’ perlu berusaha lebih untuk kesenangan di hari kelak.

“Betul tu, orang muda lepas SPM yang datang kerja pun saya cakap macam tu”

“Nak seribu daya, taknak seribu dalih”


Sebagai seorang ‘fresh graduate’, anda haruslah tahu sentiasa rajin mengambil eluang yang ada untuk kecapi cita-cita masa hadapan. jangan sesekali mengeluh untuk berjaya. Jadilah seorang graduan yang berilmu dan berpengalaman penuh walaupun bukan bidang yang anda pelajari.

Sumber: Norizan Sharif  

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang