Siakap Keli

Tidak Boleh Guna Lif Ketika Kebakaran Bangunan, Ini Rupanya Alasan Utama Ramai Yang Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap bangunan premis mempunyai prosedur keselamatan tersendiri bagi menghadapi situasi cemas.

Umum sedia maklum, kita tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan lif ketika kebakaran. Terpampang di tepi lif dengan papan tanda memberi peringatan untuk menggunakan tangga ketika kebakaran. Bagaimana pula jika tinggal di tingkat 23? Mau tercabut kaki turun tangga.

Larangan ini sebenarnya untuk kebaikan dan keselamatan penduduk. Pemuda ini yang pernah mempelajari kursus Building Support System berkongsi faktor menyebabkan kita tidak boleh menggunakan lif ketika kebakaran.

Gambar hiasan. (Gambar: Emanuel Setio Dewo)

“Jika berlaku kebakaran di bangunan, mengapa tidak dibenarkan menggunakan lif? Kerana sistem lif dilengkapi dengan sistem homing. Jika berlaku kebakaran, data akan dihantar ke panel penggera kebakaran (FAP) dan menghantar isyarat ke sistem lif.

Semua lif akan turun ke tingkat G dengan lampu dan ventilasi yang dimatikan. Hanya lif Bomba sahaja boleh digunakan secara manual oleh pihak Bomba.

Setiap tangga perlu mempunyai audiocom untuk panggilan kecemasan supaya mangsa dapat berkomunikasi dengan pihak berkuasa yang berada di bilik kawalan untuk memberitahu bomba situasi dan mengiringi mereka ke tempat selamat.

Untuk tahu di mana berlaku kebakaran, akan ada satu sistem dikenali sebagai Sandwich alarm. Jika berlaku kebakaran di tingkat 7, maka panel penggera di tingkat 6 dan 8 akan berbunyi maksimum untuk memberitahu kebakaran di tingkat atas dan bawah.

Manakala jika kebakaran berlaku di tingkat 4, penggera di tingkat 5 akan berbunyi dan sebagainya.

Kipas tekanan. (Gambar: Turbo Squid)

Kipas tekanan dan kipas udara segar akan berfungi untuk membekalkan udara. Sebab itu jika berlaku kebakaran, kita perlu menggunakan tangga kerana semua lif di tingkat G tak akan naik ke tingkat atas, cuma lif Bomba sahaja yang akan berfungsi dengan pengelolaan manual pihak Bomba.

Jadi, gunakanlah tangga ketika kebakaran. Biar penat asal selamat.

Sumber: Yasredz, Facilities Maintenance Knowledge

Amira

Love yourself.