Siakap Keli
Foto: Facebook

(Video)”Sikit Lagi..Sikit Lagi,” Detik-Detik Ibu Gajah Gigih Keluarkan Anaknya Terjatuh Longkang

Seekor anak gajah liar telah terjatuh dan terperangkap ke dalam sebuah longkang di sebuah ladang berhampiran Stesen Penyelidikan Getah(LGM) Kota Tinggi, Johor.

Anak gajah malang yang dipercayai baru sehari dilahirkan itu dilaporkan sedang melintas jalan bersama ibunya sebelum tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang sedalam sekitar satu meter itu.

Kejadian itu disedari oleh pasukan keselamatan di stesen berkenaan pada pukul 4.15 pagi sebelum mereka menghubungi Jabatan Perhilitan untuk memaklumkan mengenainya.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) Johor, Salman Saaban, satu pasukan dari Pejabat Perhilitan Bandar Penawar telah pun dikejarkan ke tempat kejadian dalam kadar segera selepas menerima panggilan berkenaan.

Walaubagaimanapun, anak gajah itu hanya dapat dikeluarkan kira-kira pada jam 10 pagi oleh seekor gajah betina yang dipercayai ibunya. Namun, terdapat kesan calar dan darah pada badannya, berkemungkinan besar akibat bergesel dengan longkang simen, kata beliau lagi.

Beliau memberitahu, sebaik berjaya keluar, anak gajah itu kemudiannya bergerak menuju ke arah Hutan Simpan Panti bersama ibunya.

Kedua-dua mereka dipercayai adalah berasal dari kumpulan gajah ID Panti di mana mempunyai anggaran populasi sebanyak 30 hingga 40 ekor.

Kumpuan gajah berkenaan juga didakwa sering berkeliaran di kawasan yang berhampiran dengan Hutan Simpan Panti seperti ladang getah LGM, Kampung Lukut, Kampung Bukit Samsu, Kampung Sendayan, Kampung Temenin, Kampung Mawai dan ladang atau kebun milik persendirian sehingga mendatangkan masalah kepada penduduk setempat.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi