Siakap Keli
Foto: FB Lee Chong Wei/Marina Mahathir

(Video)”Terima Kasih Chong Wei” Tun Dr. Mahathir Dan Isteri Luah Penghargaan Terhadap Wira Sukan Negara

“Terima kasih Lee Chong Wei kerana telah letakkan Malaysia sebagai juara berkali-kali.” Itulah ungkapan penghargaan yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia kepada Datuk Wira Lee Chong Wei sempena dengan persaraannya yang diumumkan semalam.

Tun Mahathir turut mendoakan agar lagenda badminton negara itu kekal sihat dan pulih daripada masalah kesihatan yang dihidapinya sebelum ini.

Selain Perdana Menteri, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah juga telah menyampaikan ucapannya kepada bekas pemain badminton nombor satu dunia itu.

“Tidak apa Chong Wei, kamu tidak berpeluang untuk memenangi pingat Olimpik, tak mengapa. Apa yang penting bagi saya ialah kesihatan adalah sangat penting,” katanya.

Tambah Tun Siti Hasmah lagi, Datuk Lee Chong Wei telah membuat pilihan yang tepat dengan persaraannya.

“Keluarga kamu di sana, isteri kamu menunggu kamu bersama dua anak lelaki kamu. Berseronoklah bersama mereka. Kamu kata kamu mengajar mereka bermain badminton, InsyaAllah, dengan didikan kamu, mereka mungkin akan memenangi pingat emas Olimpik untuk kamu ketika mereka berpeluang melakukannya.” kata Tun Siti Hasmah.

Beliau juga sempat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk Datuk Lee Chong Wei dan mengakhiri ucapannya dengan..

“Terima kasih, Chong Wei.”

Sumber: Twitter Dr Mahathir Mohamad

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.