Siakap Keli

Detik Cemas, Pelancong ‘Menggigil’ Lantai Kaca Tingkat 103 Tiba-Tiba Retak

Jika berkunjung ke Amerika Syarikat, pasti ramai pelancong tidak melepaskan peluang untuk berada di bangunan tertinggi dalam bandar Chicago iaitu The Willis Tower. Menawarkan panorama yang menarik, ramai yang terpaku melihat pemandangan indah bandaraya itu.

Ianya dilengkapi dengan lantai kaca yang digelar ‘Skydeck’ pada tingkat 103 bagi membolehkan pengunjung melihat pemandangan secara terus ke bawah.

Namun, pada minggu lalu, Skydeck yang sesak dengan kedatangan pengunjung tiba-tiba menjadi retak seribu menyebabkan semua panik dan berlari keluar.

Saksi, Jesus Pintado berkata, dia yang sempat merakamkan kejadian tersbut merasa cukup takut sewaktu insiden itu berlaku.

”Ada seorang wanita dengan dua kanak-kanak. Mereka kelihatan pucat dan ketakutan sewaktu lantai kaca tersebut retak,” katanya.

Menurut jurucakap menara berkenaan, lantai yang retak itu hanyalah lapisan luar pelindung bukan lantai kaca yang sebenar.

Difahamkan, kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2014 yang memaksa penutupan tingkat 103 menara berkenaan. Ianya kemudian dibuka semula selepas pembaikan dijalankan.

The Willis Tower yang dibuka pada tahun 1974 memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia selama 25 tahun. Manakala tarikan lantai kaca mula diperkenalkan sejak tahun 2009.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.